Ads Top

Johnny Depp Kalah Saman Fitnah Tabloid Tuduhnya Kaki Pukul Isteri

Aktor terkenal Hollywood, Johnny Depp kalah dalam tuntutan saman fitnah yang dikeluarkannya terhadap tabloid UK, The Sun yang menuduhnya dengan gelaran kaki pukul isteri menerusi salah satu artikel terbitan mereka.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Andrew Nicol dari Mahkamah Tinggi UK selepas menjalani beberapa prosiding perbicaraan kes itu yang bermula sejak Julai lalu.

The Sun menerusi artikelnya pada tahun 2018 menulis Johnny telah melakukan kekerasan terhadap bekas isterinya, Amber Heard ketika mereka masih lagi bergelar suami-isteri sehingga membuatkan aktres itu cedera dan berada dalam keadaan trauma.

Aktor filem Pirates of the Carribean itu sebelum ini diramal mempunyai peluang yang cerah untuk menang kes tersebut selepas video Amber menengking serta mencederakannya digunakan sebagai bahan bukti di mahkamah.

Johnny berkahwin dengan Amber pada 2015 namun bercerai dua tahun kemudian. Pasangan itu berkenalan sejak 2009 selepas sama-sama membintangi filem The Rum Diary. – KopiPlanet.com

The post Johnny Depp Kalah Saman Fitnah Tabloid Tuduhnya Kaki Pukul Isteri appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.