Ads Top

Inteam Anjur Konsert ‘Terima Kasih’ Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-20

Bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-20 penglibatan kumpulan nasyid Inteam dalam industri hiburan tanah air, satu konsert bakal diadakan pada 12 Disember ini.

Ketua Kumpulan Inteam, Mohd. Syahril Abdul Khalid berkata, dengan tema ‘Terima Kasih’, konsert berkenaan merupakan sebagai penghargaan kepada peminat yang telah menyokong In Team selama 20 tahun.

“Konsert yang dianjurkan ini secara majoritinya boleh ditonton secara online dan kami hanya memperuntukkan tiket yang sedikit sahaja untuk peminat hadir.

“Ia juga bergantung sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) tamat di Selangor pada 6 Disember ini. Sekiranya tempoh PKPB disambung lagi, maka konsert ini akan dijalankan sepenuhnya menerusi online,” ujarnya.

Ujarnya, tiket untuk menyaksikan konsert ini boleh dibeli menerusi laman web www.inteam.my yang berharga RM10, RM25, RM50, RM100 untuk tontonan online berserta dengan cenderahati.

Selain itu, tiket berharga RM200 pula dijual untuk mereka yang hadir di lokasi konsert di Warisan Hall Studio, Sijangkang, Selangor dah hanya terhad kepada 100 orang sahaja berserk dengan cenderahati.

Sementara itu, pada konsert berkenaan juga ia turut disertai dengan kemunculan beberapa artis lain seperti kumpulan Hijjaz, Exists, Lah Ahmad, UNIC serta artis generasi baharu seperti Khai Bahar, Ikhwan Fatanna dan artis naungan Inteam iaitu Zayne.

Konsert berkenaan akan berlangsung selama dua jam setengah dengan persembahan sebanyak 25 buah lagu dan akan dihoskan oleh Suffian Amrin (Saujana) dan Dr Fitri Haris. – KopiPlanet.com

The post Inteam Anjur Konsert ‘Terima Kasih’ Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-20 appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.