Akad Nikah Di Sabah Dibenar Dengan Had Kehadiran 20 Orang
Bersempena dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sabah, SOP terbaru telah dikeluarkan dan akan berkuatkuasa bermula hari ini.
Antara yang disentuh ialah berkenaan upacara akad nikah yang dibenarkan, namun bilangan kehadiran dihadkan seramai 20 orang sahaja.
Bagaimanapun, ia perlu dilihat berdasarkan keluasan ruang nikah serta perlu mematuhi penjarakan fizikal. Ia juga hanya dibenar dilakukan di pejabat agama atau yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri Sabah.
Selain itu, aktiviti keagamaan di masjid dan surau juga dibenar untuk dilakukan. Namun, ia adalah tertakluk kepada Pihak Berkuasa Agama Negeri Sabah.
Sumber:
Majlis Keselamatan Negara Negeri Sabah
The post Akad Nikah Di Sabah Dibenar Dengan Had Kehadiran 20 Orang first appeared on Tazkirah.
No comments: