Ads Top

Adakah Lelaki Boleh Berambut Panjang Untuk Mengikut Sunnah

Betulkah rambut Rasulullah SAW panjang pada paras bahu? Jika begitu, adakah kaum lelaki boleh menyimpan rambut panjang bagi tujuan mengikut sunnah?

Terdapat pelbagai lagi persoalan yang timbul berkenaan panjang rambut Baginda SAW.

Berdasarkan beberapa dalil yang disebut, terdapat tiga bentuk paras rambut pada Baginda SAW, iaitu:

#1 – Pendek

Baginda SAW diriwayatkan pernah menggayakan rambut yang pendek sehingga ke cuping telinga. Gaya ini sebagaimana kebiasaan rambut lelaki yang kita lihat hari ini.

Telah menceritakan kepada kami Yahya bin Yahya dan Abu Kuraib keduanya berkata:

Maksud: “Telah menceritakan kepada kami Ismail ibn ‘Ulayyah dari Humaid dari Anas berkata: “Rambut Rasulullah SAW sampai melewati kedua daun telinganya.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 1819)

Ada juga riwayat yang menyebut gaya ini dilakukan kerana selepas Baginda bertahallul (bercukur atau berguting selepas keluar dari ihram).

#2 – Botak

Baginda hanya botak ketika haji dan umrah sahaja. Ia dilakukan berdasarkan pensyariatan ketika haji dan umrah.

Jadi, botak bukanlah sunnah, tetapi berdasarkan keperluan pada situasi tersebut.

#3 – Panjang Mencecah Paras Bahu

Ini adalah pendapat yang paling banyak disebut berdasarkan dalil dalam kitab Sunan Ibnu Majah:

Maksud: “Telah menceritakan kepada kami Abu Bakar bin Abi Syaibah telah menceritakan kepada kami Yazid bin Harun, telah menceritakan kepada kami Jarir bin Hazim dari Qatadah dari Anas bin Malik berkata: “Rambut Rasulullah SAW lurus, ikal, terurai di antara telinga dan pundaknya (bahu).” (Sunan Ibnu Majah, hal. 604)

Adapun, ulama berbahas mengenai perihal ini kerana Rasulullah berambut panjang adalah sebagai strategi ketika perang agar dapat menggerunkan musuh yang melihat seolah-olah tentera Islam dipenuhi dengan kumpulan anak muda.

Adakah Lelaki Boleh Berambut Panjang

Jadi, menurut kepada dalil ini, ulama berpendapat bahawa rambut panjang tidak melebihi bahu dan juga rambut pendek adalah perbuatan yang pernah dilakukan Baginda SAW.

Namun, adakah dibolehkan untuk kaum lelaki berambut panjang? Dalam hal ini, terdapat dua pendapat berbeza daripada ulama, iaitu:

#1 – Sunnah Berambut Panjang

Sebahagian ulama seperti Imam Ahmad menyebut bahawa dibolehkan ke atas lelaki untuk menyimpan rambut panjang. Asalkan ia tidak melebihi paras bahu serta menyerupai wanita.

“Hal ini (memanjangkan rambut) hukumnya sunnah. Seandainya kami mampu melakukannya, maka akan kami lakukan tetapi ada faktor kesibukan dan biaya yang perlu diperuntukan.” (Al-Mughni, 1/119)

#2 – Harus Berambut Panjang

Pendapat yang kedua menyebut bahawa ia adalah sekadar adat kebiasaan yang dilakukan oleh Baginda SAW kerana gaya rambut orang Arab pada waktu itu.

Jadi, hukumnya adalah harus. Maka, boleh untuk berambut panjang atau pendek. Namun, jika memilih untuk panjang, perlu diperhatikan kepada syaratnya, iaitu tidak boleh menyerupai wanita.

Ini ialah pendapat kuat yang dipersetujui oleh Imam Ibnu Utsaimin dalam Mandzumah Ushul Fikih wa Qawa’iduhu (hal. 118-119)

Tambah pula, perkara ini pernah diriwayatkan ketika Abu Darda’ meminta nasihat daripada Sahl bin Al-Hanzoliah,

Ù†ِعْÙ…َ الرَّجُÙ„ُ Ø®ُرَÙŠْÙ…ٌ الأَسَدِÙ‰ُّ Ù„َÙˆْلاَ Ø·ُولُ جُÙ…َّتِÙ‡ِ ÙˆَØ¥ِسْبَالُ Ø¥ِزَارِÙ‡ِ

Maksud: “Rasulullah bersabda: “Sebaik-baik orang adalah Khuraim Al-Asadi, seandainya rambutnya tidak panjang dan tidak memanjangkan sarungnya di bawah mata kaki.”

Perkara ini telah sampai kepada Khuraim. Kemudian, Khuraim segera mengambil pisau dan memotong rambutnya sampai kedua telinganya.” (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 4089. Disahihkan oleh Imam Hafiz Abu Thohir)

Kesimpulan

Justeru, berdasarkan penerangan yang telah diulas, Baginda SAW memanjangkan rambut berdasarkan adat dan gaya pada waktu itu.

Ulama pula kuat berpendapat bahawa gaya rambut yang terbaik untuk lelaki adalah pendek pada paras cuping telinga berdasarkan kisah Khuraim tersebut.

Adapun, melihat juga kepada gaya dan adat semasa kita di Malaysia, berambut pendek adalah termasuk dalam peraturan yang sentiasa dinyatakan seperti di sekolah mahupun tempat kerja.

Jadi, jika berlaku demikian, peraturan-peraturan tersebut perlu dipenuhi.

Sumber:
Kajian Hadis Sifat Rambut Nabi Muhammad SAW
Muslim.or.id – Hukum Lelaki Berambut Panjang

The post Adakah Lelaki Boleh Berambut Panjang Untuk Mengikut Sunnah first appeared on Tazkirah.




No comments:

Powered by Blogger.