Ads Top

#70 – “Jika Tidak Mampu Melakukan Semua, Jangan Ditinggal Semua”

“Jika tidak mampu melakukan semua, jangan ditinggalkan semua.”

Mungkin ada di antara kita yang pernah dimomokkan dengan kata-kata ini. Dalam kita melakukan sesuatu perkara, lakukanlah ia berdasarkan kemampuan diri sendiri.

Hal ini kerana, hanya anda yang betul-betul mengenali diri sendiri serta mengetahui batas kemampuan anda.

Namun, jika anda tidak mampu, jangan pula meninggalkan semua perkara atau berpaling darinya.

Ertinya, jangan sehingga menyusahkan diri sendiri. Setiap perkara yang Allah berikan kepada diri manusia adalah berdasarkan kemampuan yang mereka boleh capai.

Jadi, hanya anda yang perlu yakin dengan diri anda sendiri. Begitu juga dalam beribadah, lakukanlah ia secara sederhana berdasarkan kemampuan anda.

Dalam beragama, kita tidak boleh mengambilnya secara sewenang-wenangnya dan ia juga tidak boleh dilakukan secara berlebihan.

Sebagaimana sebuah hadis yang telah diriwayatkan dari Abu Hurairah ‘Abdurahman bin Shakr RA yang berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَا نَهَيْتُكُمْ عَنْهُ فَاجْتَنِبُوْهُ، وَمَا أَمَرْتُكُمْ بِهِ فَأْتُوا مِنْهُ مَا اسْتَطَعْتُمْ، فَإِنَّمَا أَهْلَكَ الَّذِيْنَ مَنْ قَبْلَكُمْ كَثْرَةُ مَسَائِلِهِمْ وَاخْتِلاَفُهُمْ عَلَى أَنْبِيَائِهِمْ

Maksud: “Apa sahaja yang aku larang, maka jauhilah. Dan apa sahaja yang aku perintahkan, maka kerjakanlah semampu kalian. Sesungguhnya yang telah membinasakan orang-orang sebelum kalian adalah banyak bertanya dan menyelisihi perintah nabi-nabi mereka.” (Hadis Riwayat Bukhari, no. 7288)

Melalui hadis ini, apa yang boleh dilihat adalah Islam menuntut kesederhanaan. Dalam ibadah wajib yang dilakukan, Islam mengajar kita untuk menambah amalan-amalan sunat.

Namun, jika amalan sunat itu tidak mampu dilakukan, jangan pula meninggalkan semua ibadah termasuk yang wajib. Nauzubillahi mindzalik

Seharusnya, perlahan-lahan melakukan amalan dan ibadah yang diajar dalam Islam agar setiap perkara itu boleh menjadi sebab untuk kita semakin dekat dengan tuhan.

The post #70 - "Jika Tidak Mampu Melakukan Semua, Jangan Ditinggal Semua" first appeared on Tazkirah.




No comments:

Powered by Blogger.