Ads Top

#67 – Kata-Kata Hikmah Dari Tokoh Sebagai Motivasi Untuk Meneruskan Kehidupan

Kehidupan manusia pasti ada jatuh bangun, tidak lari dari ujian dan mehnah yang Allah sediakan buat kita.

Namun, itu bukanlah bermaksud kita boleh memilih untuk berputus asa dan berpaling dari kehidupan kerana Allah hadirkan ujian adalah untuk menjadikan ‘bekalan’ buat kita meneruskan kehidupan ini dengan lebih baik.

Tanpa sedar, sebenarnya dengan ujian yang sentiasa datang dalam kehidupan ini membuatkan kita semakin lama semakin kuat.

Cuma, prosesnya sahaja yang memakan sedikit masa. Dalam kita mengatur langkah untuk meneruskan kehidupan, pasti diri kita sendiri memerlukan kata-kata semangat dan motivasi baik dari orang sekeliling mahupun daripada tokoh yang telah berjaya agar ia boleh menjadi sumber inspirasi buat kita meneruskan perjuangan.

Jadi, entri kali ini akan berkongsi beberapa kata motivasi dari tokoh Islam terkemuka sebagai bekalan untuk disemat di hati:

#1 – Luqman Al-Hakim

“Tiada sesuatu pun yang lebih baik daripada lidah dan hati apabila ia digunakan dengan baik. Dan tiada yang lebih buruk daripada lidah dan hati apabila digunakan dengan cara yang tidak baik.”

#2 – Umar bin Abdul Aziz

“Perbaikilah batin kalian, nescaya Allah akan mempebaiki lahiriah kalian. Perbanyakkanlah mengingat kematian dan bersiap-siaplah sebelum ia datang kerana kedatangannya merupakan penghapus segala kenikmatan.”

#3 – Imam Abu Hanifah

“Tunjukkanlah kasih sayang sesama manusia seluruhnya dan ucapkan salam kepada semua orang walaupun orang yang kurang baik budi pekertinya.”

#4 – Abdullah Ibnu Mubarak

“Berapa banyak amalan yang kecil menjadi besar disebabkan niat dan berapa banyak pula amal yang besar menjadi kecil, juga kerana niat.”

#5 – Sultan Muhammad Al-Fateh

“Jangan sampai engkau sekali-kali melakukan suatu perkara yang bertentangan dengan hukum Islam kerana sesungguhnya agama itu adalah tujuan hidup kita.”

#6 – Ali Bin Abi Talib

“Orang yang suka berkata jujur akan mendapatkan 3 keuntungan; iaitu kepercayaan, cinta dan rasa hormat.”

#7 – Muhammad Bin Ali Al-Ajwad

“Yakin kepada Allah merupakan harga dari segala sesuatu yang sangat mahal dan ia merupakan tangga bagi setiap tujuan yang tinggi dan agung.”

#8 – Ibnu Mas’ud

“Setiap manusia di dunia ini adalah seorang tetamu. Wangnya adalah pinjaman. Tetamu itu pasti akan pulang sama ada cepat atau lambat. Maka, pinjaman juga perlu dikembalikan.”

#9 – Imam Syafi’e

“Ilmu adalah yang boleh memberikan manfaat, bukan sekadar yang dihafal.”

#Menuju2021
#PE1H

The post #67 - Kata-Kata Hikmah Dari Tokoh Sebagai Motivasi Untuk Meneruskan Kehidupan first appeared on Tazkirah.




No comments:

Powered by Blogger.