Zarina Anjoulie Kecam Pihak Perlekehkan Penggunaan Bahasa Inggeris Safawi Rasid
Rakyat Malaysia memang cukup berbangga dengan kejayaan penyerang kebangsaan, Safawi Rasid, 23, yang kini bmeluaskan lagi kariernya dalam sukan bola sepak apabila berhijrah ke pasukan Liga Premier Portugal iaitu Portimonese SC.
Sebaik sampai di sana, Safawi diserbu media Portugal yang ingin mendapatkan reaksinya berhubung penghijrahan tersebut dan kesemua soalan dijawab dengan baik dalam bahasa Inggeris oleh pemuda kelahiran Dungun, Terengganu itu.
Namun begitu, terdapat segelintir pihak dikatakan memperlekehkan keupayaan Safawi untuk berbahasa Inggeris sehingga membuatkan pelakon Zarina Anjoulie tampil mempertahankan pemain bintang negara itu.
Menerusi satu video yang dimuat naik di Instagram miliknya, Zarina berkata, dia mahu meludah mana-mana individu yang mengacau dan memperlekehkan Safawi.
“Siapa kacau Safawi aku nak ludah. Sekurang-kurangnya dia cuba cakap English bukan cakap Melayu kat sana. Macam mana nak maju, Melayu sikit-sikit nak sindir sikit-sikit nak bahan, biarlah dia belajar.
“Power lah juga dia dapat main untuk kelab sana international daripada korang yang terperap je kat rumah tak ada buat apa apa. Sampah punya orang siapa yang duk sindir-sindir dia.
“Kenapa nak bahan dia, English berterabur sikit nak gelak-gelakkan. Kita patut sokong sesama Malaysia. Dia tengah mengharumkan nama negara kita. Tunjukkan sedikit sokongan. Dia dah sampai sana dah sangat bagus,” luahnya.
Safawi dipinjamkan oleh kelab Johor Darul Takzim (JDT) kepada kelab Portimonese SC selama semusim.
Untuk rekod, Safawi muncul pemain kedua negara yang beraksi di liga utama Eropah selepas penyerang muda sensasi, Luqman Hakim Shamsuddin menyertai KV Kortrijk, di Belgium, Ogos lalu. – KopiPlanet.com
Kredit Foto: Instagram Zarina Anjoulie
The post Zarina Anjoulie Kecam Pihak Perlekehkan Penggunaan Bahasa Inggeris Safawi Rasid appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: