Ads Top

TERKINI COVID-19: 563 Kes Baharu, Pulau Pinang Catat Lonjakan 141 Kes Dari Kluster Penjara Reman

PUTRAJAYA, 12 Okt – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan terdapat 563 kes positif COVID-19 baharu hari ini.

Angka tersebut menjadikan jumlah kumulatif kes jangkitan terkini meningkat ke 16,220 kes.

Ketua pengarahnya, Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan, daripada angka tersebut, 291 kes adalah di Sabah.

Manakala Pulau Pinang pula mencatatkan lonjakan kes sebanyak 141 kes hari ini dan kesemuanya adalah Kluster Penjara Reman.

Sementara itu, 109 kes pulih dicatatkan menjadikan angka keseluruhan pulih setakat ini adalah 11,022 kes.

Sidang Media: Perkembangan Terkini COVID-19 Di Malaysia

Sidang media oleh YBhg. Tan Sri Dato' Seri Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia berkenaan perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Monday, October 12, 2020

Sumber: KKM

The post TERKINI COVID-19: 563 Kes Baharu, Pulau Pinang Catat Lonjakan 141 Kes Dari Kluster Penjara Reman appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.