Ads Top

TERKINI: Anwar Dakwa Telah Mempersembahkan Kepada Agong Dokumen Sahih Mengenai Majoriti Kukuh & Meyakinkan

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa bahawa beliau telah mempersembahkan dokumen yang sahih kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Perkara ini diumumkan dalam satu sidang media pada hari ini.

Terdahulu, kehadiran Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson itu dinantikan pengamal media yang telah berkumpul di sekitar pintu utama Istana Negara sejak 8 pagi lagi.

Pada Khamis, Anwar dilaporkan berkata Al-Sultan Abdullah telah memperkenankan untuk beliau menghadap Seri Paduka Baginda hari ini.

Pada 23 Sept lalu, Anwar dalam satu sidang media mendakwa beliau mendapat sokongan ‘kukuh dan meyakinkan’ daripada Ahli Parlimen untuk menubuhkan kerajaan baharu.

[LANGSUNG] Sidang media khas Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan pengumuman penting pasca sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Posted by BERNAMA on Monday, October 12, 2020

Sumber: Sidang Media Bernama

The post TERKINI: Anwar Dakwa Telah Mempersembahkan Kepada Agong Dokumen Sahih Mengenai Majoriti Kukuh & Meyakinkan appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.