TERKINI: 865 Kes Baharu COVID-19 Termasuk 858 Kes Tempatan Dan 3 Kematian Dilaporkan Hari Ini
Putrajaya, 19 Okt – Sebanyak 865 kes baru COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah 21,363 kes.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, dari jumlah itu, sebanyak 858 kes tempatan dan hanya 7 kes import dari luar negara. Sebanyak 7,456 kes aktif dicatatkan sehingga hari ini.
Tambahnya, sebanyak 154 kes bersamaan 17.8 peratus melibatkan kluster penjara yang terasing dan tidak menjangkiti masyarakat.
Sementara itu, Sabah menjadi negeri dengan kes terbanyak iaitu 643 kes diikuti Selangor (107), Labuan (34) dan Pulau Pinang (26).
Dukacita dimaklumkan terdapat tiga kes kematian pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes 190 bersamaan 0.9 peratus dari jumlah keseluruhan pesakit COVID-19 di Malaysia. Ketiga-tiga kematian adalah dilaporkan di Sabah melibatkan dua warganegara dan seorang bukan warga negara.
Seramai 99 kes masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 32 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.
Terkini. 19 Okt. Kes baharu #COVID19 hari ini 865 iaitu 858 kes tempatan dan 7 import.
455 pesakit sembuh dan discaj.
Kes tertinggi di Sabah (643) termasuk 253 kes dalam penjara. Negeri lain antaranya Selangor (107), Labuan (34), PP (26).
2 kluster baharu, 3 lagi kematian.
— KKMalaysia (@KKMPutrajaya) October 19, 2020
Dukacita dimaklumkan 3 kes kematian dilaporkan melibatkan 2 WN dan 1 BWN. Kesemua kes dilaporkan di Sabah.
KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka. pic.twitter.com/AG8gZhH8O6
— KKMalaysia (@KKMPutrajaya) October 19, 2020
[LANGSUNG] – Sidang media perkembangan terkini COVID-19 | 19 Okt 2020
[LANGSUNG] – Sidang media perkembangan terkini COVID-19 oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah | 19 Oktober 2020Posted by Bernama TV on Monday, October 19, 2020
Sumber: Bernama
The post TERKINI: 865 Kes Baharu COVID-19 Termasuk 858 Kes Tempatan Dan 3 Kematian Dilaporkan Hari Ini appeared first on Siakap Keli.
No comments: