TERKINI: 561 Kes Baharu COVID-19, 2 Kematian Dan 5 Kluster Baharu Dilaporkan Hari Ini
Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan bahawa terdapat 561 kes baharu COVID-19 yang dilaporkan pada hari ini. Daripada jumlah tersebut, 553 merupakan kes tempatan manakala 8 kes merupakan kes import.
Dalam pada itu, KKM juga memaklumkan bahawa terdapat 133 kes telah sembuh menjadikan jumlah keseluruhan yang telah sembuh adalah 10,913 kes.
Terkini #COVID19Malaysia 11 Okt 2020
Kes sembuh=133
Jumlah kes sembuh= 10,913 kes
Kes positif= 561
(kes import=8, kes tempatan=553)
Jumlah positif= 15,657 kes
Kes kematian=2
Jumlah kes kematian= 157 kes
Kes dirawat di ICU= 90 kes
Bantuan Alat Pernafasan= 29 kes pic.twitter.com/SGioKWwGRc— KKMalaysia (@KKMPutrajaya) October 11, 2020
Dukacita dimaklumkan pada hari ini, terdapat 2 kematian yang dilaporkan di negeri Sabah. Ini menjadikan jumlah kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 157.
Dukacita dimaklumkan, 2 kes kematian dilaporkan hari ini. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 157.
KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka. pic.twitter.com/mG0iHSSyyk
— KKMalaysia (@KKMPutrajaya) October 11, 2020
Terkini. 11 Okt. Sebanyak 561 kes baharu #COVID19 – 553 tempatan, 8 import.
Sabah tertinggi 488 kes hasil saringan di kawasan PKPD dan PKPB. Negeri lain antaranya Selangor (26), Kedah (16).
133 pesakit pulih & discaj, 5 kluster baharu, 2 lagi kematian di Sabah.
— KKMalaysia (@KKMPutrajaya) October 11, 2020
Selain itu, KKM juga memaklumkan bahawa terdapat 5 kluster baharu yang dicatatkan pada hari ini. Menerusi kemaskini Bernama di laman Twitter, lima kluster baharu yang dikesan adalah melibatkan negeri Sabah, Selangor dan juga Labuan.
Kluster baharu yang dikesan di Sabah ialah Kluster Kasih, Kluster Khazanah dan Kluster Surat. Bagi negeri Selangor pula, kluster baharu yang dikesan dinamakan sebagai Kluster Sungei Way manakala di Labuan adalah Kluster Bah Bundle.
COVID-19: Lima kluster baharu dikesan hari ini, tiga di Sabah dan masing-masing satu di Selangor dan Labuan – KP Kesihatan@DGHisham @KKMPutrajaya pic.twitter.com/0jQ1vCTMLI
— BERNAMA (@bernamadotcom) October 11, 2020
Berikut merupakan perincian bagi kluster-kluster tersebut.
1)KLUSTER KASIH, SABAH
Kluster baharu ini telah dikenal pasti di daerah Lahad Datu, Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-12509) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan petugas kesihatan pada 27 September 2020. Mereka telah dimasukkan ke Hospital Lahad Datu, Sabah. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 33 lagi kes positif COVID-19.
Sehingga 11 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 1,838 individu telah disaring, di mana:
- 34 kes dikesan positif COVID-19;
- Tiada individu negatif; dan
- 1,804 individu masih menunggu keputusan.
2) KLUSTER SURAT, SABAH
Kluster baharu ini melibatkan daerah Sandakan, Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-15097) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Lahad Datu, Sabah. Saringan kontak rapat telah mengesan 24 lagi kes positif COVID-19.
Sehingga 11 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 74 individu telah disaring, di mana:
- 25 kes dikesan positif COVID-19;
- Tiada individu negatif; dan
- 49 individu masih menunggu keputusan.
3) KLUSTER KHAZANAH, SABAH
Kluster baharu ini melibatkan daerah Lahad Datu di negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-14842) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan kontak rapat pada 9 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Lahad Datu, Sabah. Saringan kontak rapat telah mengesan 13 lagi kes positif COVID-19.
Sehingga 11 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 652 individu telah disaring, di mana:
- 14 kes dikesan positif COVID-19;
- Tiada individu negatif; dan
- 638 individu masih menunggu keputusan.
4) KLUSTER SUNGEI WAY, SELANGOR DAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
Kluster baharu ini melibatkan daerah Petaling dan Gombak, Selangor dan daerah Titiwangsa, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-14307) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 7 Oktober 2020 dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh, Selangor. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 17 lagi kes positif COVID-19.
Sehingga 11 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 149 individu telah disaring, di mana:
- 18 kes dikesan positif COVID-19;
- 124 individu negatif; dan
- Tujuh (7) individu masih menunggu keputusan.
5) KLUSTER BAH BUNDLE, WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN
Kluster baharu ini melibatkan Wilayah Persekutuan Labuan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-11771) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) pada 2 Oktober 2020 dan dimasukkan ke Hospital Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti dua (2) lagi kes positif COVID-19.
Sehingga 11 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 430 individu telah disaring, di mana:
- Tiga (3) kes dikesan positif COVID-19;
- 131 individu negatif; dan
- 296 individu masih menunggu keputusan.
Sidang Media: Perkembangan Terkini COVID-19 Di Malaysia
Sidang media oleh YBhg. Tan Sri Dato' Seri Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia berkenaan perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia
Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Sunday, October 11, 2020
Sumber: KKM
The post TERKINI: 561 Kes Baharu COVID-19, 2 Kematian Dan 5 Kluster Baharu Dilaporkan Hari Ini appeared first on Siakap Keli.
No comments: