Ads Top

Sering Dikritik Netizen, Victoria Beri Nasihat Kepada Meghan Markle

Selama ini umum mengetahui tentang hubungan akrab yang terjalin antara Victoria Beckham dan Meghan Markle. Malah, baru-baru Ini Victoria telah memberi nasihat kepada rakannya itu.

Ia bukanlah satu nasihat yang biasa-biasa, isteri kepada David Beckham itu menasihati Meghan tentang cara-cara untuk menghadapi orang ramai dan media.

Sejak bernikah dengan Putera Harry pada tahun 2018, Meghan memang selalu menjadi tumpuan ramai, terutama sekali sejak mereka memutuskan untuk keluar dari anggota diraja pada Mac lalu.

Menurut satu sumber, Victoria sangat prihatin terhadap Meghan dah mahu melakukan perkara yang terbaik untuk rakannya itu. Victoria mahu Meghan untuk menunjukkan jati dirinya yang sebenar serta turut memberikan tips dalam menjalani kehidupan seharian.

“Dia menasihati Meghan supaya mengabaikan segala kritikan yang dilemparkan dan mempamerkan diri yang sebenar.

“Selain itu, dia juga menyatakan supaya orang yang mahu mengkritik itu memikirkan tindakan itu terlebih dahulu,” ujar sumber berkenaan.

Tidak dinafikan bahawa David dan Victoria sememangnya berkawan dengan keluarga diraja. Malah, nama Harry dan Meghan pun tercatat sebagai antara tetamu utama dalam senarai jemputan perkahwinan Brooklyn Beckham dan Nicola Peltz.

“Nama Harry dan Meghan berada di senarai teratas kerana David dan Victoria mempunyai hubungan yang baik dengan mereka. Kehadiran kedua-duanya akan menjadi istimewa bagi keluarga Beckham,” ungkapnya.

Sebelum ini, Victoria dan David juga diketahui menghadiri majlis pernikahan Harry dan Meghan setelah mendapatkan undangan eksklusif.

Selain itu, mereka juga memang dikenali sebagai salah satu pasangan selebriti yang memiliki hubungan akrab dengan ahli keluarga diraja Inggeris. – KopiPlanet.com

The post Sering Dikritik Netizen, Victoria Beri Nasihat Kepada Meghan Markle appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.