Ads Top

Pengajaran Dari Kisah Saidina Umar Yang Cuba Memperbaiki Dirinya

Ketika Saidina Umar Al-Khattab menjadi khalifah, beliau tidak pernah segan bertanya kepada orang sekelilingnya yang dipercayai tentang kesalahan yang mungkin ada dilakukan.

Pada suatu hari, beliau bertanya kepada Salman Al-Farisi. Salman pada awalnya agak segan untuk menjawab kelemahan dan kesalahan yang ada pada diri beliau. Namun, setelah dipaksa, beliau akhirnya menjawab:

“Aku mendengar khabar bahawa engkau makan dengan dua macam lauk. Engkau juga memakai pakaian dengan dua kali persalinan sedangkan itu sudah termasuk dalam perbuatan yang boros.”

Kemudian, Umar bertanya lagi: “Ada apa-apa lagi kesalahan aku yang engkau lihat?”

Salman kemudian menjawab: “Tidak.”

Seraya itu, Umar berkata: “Mulai hari ini, kedua perkara yang menjadi tabiat aku itu akan ditinggalkan.”

Ibrah Yang Boleh Diambil

Saidina Umar yang merupakan seorang khalifah sentiasa meminta pandangan daripada orang sekelilingnya untuk berusaha memperbaiki dirinya ke arah kebaikan.

Beliau yang pada waktu itu memppunyai kedudukan yang sangat tinggi dalam Islam masih lagi mempunyai kerendahan hati untuk meminta pendapat mengenai kecacatan yang ada pada dirinya.

Dan orang yang diajukan soalan itu sanggup menjawab dengan jawapan yang jujur agar kebaikan itu sentiasa ada pada diri beliau.

Jadi, melalui kisah ini, ada dua pengajaran yang boleh diambil, iaitu;

#1 – Untuk Mengetahui Kekurangan Diri, Ambil Tahu Ia Melalui Sekeliling

Minta pendapat daripada orang sekeliling mengenai peribadi diri sendiri. Cari tahu kekurangan diri berdasarkan pandangan orang yang rapat dengan kita.

Kita akan lebih mudah selesa dan menunjukkan perangai sebenar kepada orang yang rapat dengan diri kita, sama ada ahli keluarga mahupun sahabat.

Jadi, mereka lebih mudah faham dan ketahui dari sudut mana lagi yang perlu diperbaiki.

#2 – Jadilah Teman Yang Memberi Kebaikan Kepada Temanmu

Dalam bersahabat, pasti kita menginginkan yang terbaik buat kawan kita sama ada untuk manfaat dunia mahupun akhirat.

Jadi, tegurlah teman anda andai ada kesalahan dan kekurangan yang perlu diperbaiki.

Jangan takut untuk menegur mereka kerana bimbang hati mereka akan merajuk atau disakiti. Tapi takutlah jika anda gagal mengajak mereka ke arah kebaikan.

Kesimpulan

Kehidupan manusia ini tidak sempurna tetapi kita boleh sentiasa memperbaiki kekurangan dan mengawal kelebihan yang ada dengan checklist diri sendiri.

Wallahu a’alam

Sumber:
Buku Lembaga Budi oleh Buya Hamka, Bab Tiga

The post Pengajaran Dari Kisah Saidina Umar Yang Cuba Memperbaiki Dirinya first appeared on Tazkirah.




No comments:

Powered by Blogger.