Ads Top

Fad Bocey Dapat Cahaya Mata Keempat, Pilih Nama Ibrahim Jibriel

Pelawak popular, Fad Bocey kini telah dikurniakan cahaya mata keempat setelah isterinya, Nur Syahirah A. Rahman selamat bersalin awal pagi tadi.

Perkara tersebut dinyatakan sendiri oleh Fad menerusi akaun Instagram miliknya, sambil berkongsi wajah anak keempatnya itu.

“Assalammualaikum, salam subuh semua.. syukur Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi,tarikh hari ini 20/10/2020 jam 4:41pagi, isteri saya selamat melahirkan baby boy.

“Welcome baby mummy and daddy, IBRAHIM JIBRIEL BIN MOHAMAD FADZLIE… tq semua yg mendoakan kami… tq so much my love @syaheeraarahman ,I LOVE U SO MUCH,” tulisnya.

Fad dan Syaheera bernikah pada 14 Mac 2015 dan sebelum ini mereka telah dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Favian Adrazin Hayyan dan Favian Adrazin Zayyan serta seorang puteri, Nur Aminah Mishal. – KopiPlanet.com

The post Fad Bocey Dapat Cahaya Mata Keempat, Pilih Nama Ibrahim Jibriel appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.