Ads Top

COVID-19 – Masjid Dititah Melaksanakan Solat Hajat Dan Doa Selamat

Berikutan penguatkuasaan semula Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat di seluruh Sabah dan juga Selangor, Kuala Lumpur serta Putrajaya, rakyat disarankan menunaikan solat hajat bagi memohon perlindungan daripada wabak.

Hal ini dititahkan oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah agar semua masjid di seluruh negara mengadakan solat hajat dan doa selamat.

Rakyat juga dinasihati agar terus patuh Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan supaya dapat sama-sama berganding bahu membendung penularan virus ini.

Perkara ini juga diiringi dengan mengambil keberkatan hari Jumaat agar setiap dari kita berdoa dan bersatu hati untuk memohon perlindungan bukan sahaja daripada wabak COVID-19 tetapi juga kesejahteraan Malaysia.

Sumber:
Majlis Keselamatan Negara Jabatan Perdana Menteri

The post COVID-19 - Masjid Dititah Melaksanakan Solat Hajat Dan Doa Selamat first appeared on Tazkirah.




No comments:

Powered by Blogger.