Ads Top

Bekas Isteri Ammar Alfian Luah Rasa Lega Akhirnya Sah Bercerai

Selepas melalui beberapa episod ketegangan rumah tangga, bekas isteri pelakon Ammar Alfian, Nelissa Nezam meluahkan rasa syukur apabila dirinya kini sudah disahkan bercerai dengan aktor tersebut.

Nelissa dan Ammar disahkan bercerai secara tebus talak dan wanita itu diarahkan pihak mahkamah untuk membayar wang iwad sebanyak RM7,000 kepada bekas suaminya ketika kes mereka disebut di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur semalam.

Menerusi entri di Insta Story, Nelissa meluahkan isi hatinya, “Di sebalik kepenatan mental, emosi dan fizikal yang pernah saya lalui sebelum ini, Alhamdulillah akhirnya saya sudah dah bercerai.”

“Saya diarahkan oleh Mahkamah Syariah Kuala Lumpur untuk membayar sejumlah amaun bagi memberikan kebenaran untuk saya bercerai,” luahnya.

Untuk makluman, cerai tebus talak atau penceraian khuluk bermaksud penceraian yang diminta oleh isteri dengan membuat bayaran ganti rugi kepada suami yang ditetapkan mahkamah selepas mendapat persetujuan kedua-dua pihak.

Semalam Ammar mengumumkan penceraian mereka di laman Instagramnya dengan memuat naik entri fotonya bersama dua peguam yang mewakilinya.

Aktor filem Paskal itu berkahwin dengan Nelissa pada Mac 2016 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Kyro Shakur yang kini berusia setahun. – KopiPlanet.com

The post Bekas Isteri Ammar Alfian Luah Rasa Lega Akhirnya Sah Bercerai appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.