BTS 4 Tahun Berturut-Turut Menang Top Social Artist BBMA
Daripada dua pencalonan, BTS hanya berjaya membawa pulang satu trofi menerusi Billboard Music Awards 2020 (BBMA 2020) yang berlangsung di Dolby Theatre, Los Angeles, sebentar tadi. Ini merupakan kemenangan kali keempat berturut-turut BTS sejak 2017 menerusi kategori sama yang dijalankan menerusi undian peminat.
Mereka memenangi trofi Top Social Artists sekali gus menewaskan empat saingan lain iaitu Ariana Grande, Billie Eilish, EXO dan GO7.
Walau bagaimanapun, untuk kategori Top Duo/Group, BTS kalah kepada Jonas Brothers yang turut mengenepikan saingan seperti Panic! At The Disco, Maroon 5, dan Dan & Shay.
Dalam majlis itu, BTS turut membuat persembahan lagu Dynamite yang bersiaran langsung dari Lapangan Terbang Incheon, Korea Selatan.
Difahamkan pihak pengurusan mereka, Big Hit Entertainment telah menyewa kawasan lapangan terbang itu bagi memberikan kualiti persembahan terbaik daripada BTS buat peminat yang sentiasa menyokong mereka.
BTS yang dianggotai V, RM, Suga, Jimin, Jin, J-Hope dan Jungkook memulakan karier mereka sejak tujuh tahun lalu.
Majlis anugerah yang berlangsung tanpa kehadiran penonton itu dihoskan oleh Kelly Clarkson. – KopiPlanet.com
The post BTS 4 Tahun Berturut-Turut Menang Top Social Artist BBMA appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: