Atas Nasihat Peguam, Chacha Maembong Buat Laporan Polis
Pelakon Chacha Maembong telah membuat satu laporan polis susulan berkenaan tuduhan yang mengaitkan dirinya dengan aktiviti Macam Scam.
Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, Chacha menyatakan laporan berkenaan dibuat adalah mahu menghentikan dan menafikan segala tuduhan ke atas dirinya.
“Pada 20/10/2020, saya telah membuat satu laporan polis diatas nasihat peguam saya. Tujuan laporan ini adalah bertujuan untuk memberhentikan dan menafikan segala fitnah yg berleluasa tentang diri saya berkenaan isu macau scam dan juga tuduhan aktiviti pelacuran.
“Saya juga akan bekerjasama dengan pihak SPRM dan pihak POLIS jika dipangil untuk memberikan kerjasama dan saya juga akan mengambil tindakan kepada individu yg telah memfitnah dan menyebarkan tuduhan tersebut,” jelasnya.
Baru-baru ini, nama pelakon filem Anak Perjanjian Syaitan antara artis yang disebut-sebut mempunyai kaitan dengan Macam Scam melibatkan beberapa orang individu.
Bagaimanapun, pelakon itu menafikan sekeras-kerasnya dan menegaskan perniagaan yang dijalankan adalah menggunakan hasil usahanya sendiri serta kerjasama dengan sebuah jenama terkenal.
Chacha juga memberitahu tindakan susulan akan dijalankan oleh pihaknya dan kes tersebut masih dalam siasatan.
“Tindakan susulan dari pihak guaman akan dijalankan, laporan kes ini kini di dalam siasatan.
“Saya tidak akan membuat sebarang kenyataan sehingga siasatan dari pihak polis selesai. Sekin terima kasih,” ujarnya. – Kopiplanet.com
Kredit Foto: Instagram Chacha Maembong
The post Atas Nasihat Peguam, Chacha Maembong Buat Laporan Polis appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: