(Video) Suspek Langgar Lari Tak Sangka Mangsa Dilanggar Rupanya Ayah Mertua Sendiri, Dipenjara 18 Bulan
LEICESTER: Seorang perempuan yang berusia 29 tahun terlibat dengan kejadian kemalangan langgar lari hingga menyebabkan mangsa kemalangan yang berusia 61 tahun itu mengalami kecederaan yang teruk tidak menyangka bahawa mangsa kejadian adalah ayah mertua suspek.
Kejadian berlaku setelah mangsa ingin melintas jalan di lintasan zebra.
Kemalangan itu berlaku adalah disebabkan oleh ‘menggunakan telefon bimbit ketika memandu’. Impak perlanggaran berkenaan menyebabkan cermin hadapan kereta suspek pecah dan mangsa telah tercampak.
Mangsa telah mengalami kecederaan ‘patah tulang pinggul’.
Pada mulanya pihak polis sukar untuk mencari penjenayah kemalangan ini kerana suspek dikatakan banyak kali memutar belitkan cerita.
Sehinggakan seorang lelaki yang sama sekali tidak terlibat dalam kemalangan ini telah ditahan oleh polis kerana dianggap sebagai pemandu kereta tersebut.
Suspek telah membaiki cermin hadapan keretanya lebih awal sebelum pihak polis berkesempatan untuk memeriksa kenderaan miliknya. Supekjuga telah memadamkan 32 mesej daripada telefon bimbitnya yang mana mempunyai mesej berkaitan dengan kemalangan tersebut.
Namun setelah rahsianya terbongkar bahawa dia merupakan suspek utama dalam kejadian itu, dia telah memutarkan cerita, demi untuk menutup dirinya daripada kejadian itu.
“Dia menegaskan bahawa dia tidak menyedari kejadian itu”
“Dia juga menegaskan bahawa, dia mungkin terlibat tetapi tidak sedar akibat daripada serangan asma, yang beerti dia tidak ingat akan kejadian itu”
Dia juga mengatakan bahawa cermin keretanya rosak ekoran daripada pencuri yang ingin mencuri telefon bimbit miliknya.
Ahli keluarganya mengetahui penglibatannya dalam kejadian ini setelah pihak polis membuat siasatan dengan lebih mendalam.
Akhirnya suspek telah mengaku bersalah atas dua kesalahan – memandu secara berbahaya menyebabkan kecederaan serius dan memutar belitkan pernyataan.
Suspek telah ditahan dan dibicarakan 11 hari selepas kejadian.
Abedin dijatuhkan hukuman di Mahkamah Crown Leicester
Walaupun mangsa mengalami kecederaan yang teruk ekoran daripada perlanggaran itu, mangsa tetap hadir memberi sokongan kepada suspek ketika perbicaraan dilakukan.
“Dia (mangsa) berada di mahkamah hari ini dan menulis pernyataan di mana dia menyatakan – kasih sayangnya kepada anda, pentingnya anda kepada keluarganya dan memaafkan atas kejadian yang berlaku itu”
Suspek telah dihukum penjara 18 bulan dan dia dilarang untuk memandu selama 2 tahun 9 bulan.
Sumber: The Sun
The post (Video) Suspek Langgar Lari Tak Sangka Mangsa Dilanggar Rupanya Ayah Mertua Sendiri, Dipenjara 18 Bulan appeared first on Siakap Keli.
No comments: