(Video) ‘The Rock’ ‘Cabut’ Pagar Rumah Elektrik Seorang Diri Kerana Risau Lambat Pergi Kerja
Gara-gara terlambat untuk pergi ke lokasi penggambaran, Dwayne ‘The Rock’ Johnson telah meranapkan pintu pagar rumahnya yang tidak berfungsi kerana masalah bekalan tenaga elektrik akibat ribut.
Dalam perkongsian di akaun Instagramnya bersama dengan sekeping gambar memaparkan pintu pagar yang telah rosak, bintang Hollywood itu menjelaskan bahawa ribut telah menyebabkan tenaga elektrik terputus, disebabkan itulah pintu pagar automatik di kediamannya tidak dapat dibuka.
“Bukan waktu yang terbaik tetapi seorang lelaki harus pergi bekerja,” tulisnya.
Risau akan “beratus-ratus” krew yang bekerja untuk filem komik DC ‘Black Adam’ akan menunggunya selepas juruteknik memaklumkan bahawa mereka akan tiba dalam masa 45 minit, beliau terpaksa menangani masalah itu dengan caranya sendiri.
“Saya telah menolak, menarik dan mencabut pintu pagar itu sepenuhnya berseorangan,” sambungnya.
“Mencabut sepenuhnya daripada dinding batu, menanggalkan besi hidraulik dan melemparkannya ke rumput.
“Pasukan keselamatan saya telah berjumpa dengan juruteknik pintu pagar itu serta pengimpal kira-kira sejam kemudian – dan mereka kemudiannya melihat pagar itu, ‘dengan perasaan sukar untuk percaya dan takut’ bagaimana saya mencabutnya”.
Dia menyudahi perkongsiannya itu dengan menyatakan bahawa dia ‘bersedia untuk menjadi BLACK ADAM”.
Filem ini dijangka akan ditayangkan di pawagam UK pada 24 Disember 2021.
Sumber: sky news
The post (Video) ‘The Rock’ ‘Cabut’ Pagar Rumah Elektrik Seorang Diri Kerana Risau Lambat Pergi Kerja appeared first on Siakap Keli.
No comments: