Ads Top

(Video) Tular Pandu Lawan Arus Di Laluan Motosikal, Polis Buru Pemandu Vios

KUALA LUMPUR, 22 Ogos – Pihak polis memburu pemilik kereta Toyota Vios yang menggunakan laluan motosikal di Lebuhraya Persekutuan berhampiran Angkasapuri dalam satu kejadian kelmarin.

Tindakan pemandu kereta tersebut yang melawan arus menyebabkan seorang penunggang motosikal yang melalui laluan berkenaan terbabit kemalangan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, kejadian berlaku pada pukul 4 petang apabila mangsa yang menunggang motosikal dari arah Petaling Jaya menghala ke Putrajaya terlanggar tembok kiri di bahu jalan.

Ia berikutan mahu mengelak daripada melanggar kereta yang melawan arus itu.

Polis cari pemandu Vios

#BuletinBernama: Polis memburu pemilik kereta Toyota Vios yang menggunakan laluan motosikal di Lebuhraya Persekutuan berhampiran Angkasapuri, sehingga menyebabkan seorang penunggang motosikal terbabit kemalangan, Rabu lalu. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata kejadian berlaku 4 petang apabila mangsa yang menunggang motosikal dari arah Petaling Jaya menghala ke Putrajaya terlanggar tembok kiri di bahu jalan akibat mengelak daripada melanggar kereta yang melawan arus itu.

Posted by Bernama TV on Friday, 21 August 2020

Sumber: Buletin BERNAMA

The post (Video) Tular Pandu Lawan Arus Di Laluan Motosikal, Polis Buru Pemandu Vios appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.