Ads Top

Tiada Kanak-Kanak Yang Positif Covid-19 Di Negara Ini Menjadi “Super Spreader” – Dr Hisham

Sidang media hari ini memaklumkan bahawa daripada 5 kes baharu yang dilaporkan dari Kluster Tawar melibatkan kanak-kanak berusia dari 9 tahun dan 12 tahun.

Susulan daripada kes ini, Kementerian Kesihatan Malaysia akan melakukan kajian dan ujian kepada mereka yang dijangkiti Covid-19 dalam kalangan pelajar sekolah.

Bagaimanapun menurut Ketua Pengarah Kesihatan dalam sidang media tersebut mengatakan bahawa KKM tidak mengesan kanak-kanak yang terlibat dalam kluster ini yang menyebabkan ‘super-spreader’.

“Jika kanak-kanak tetrsebut mempunyai gejala dan KKM mengesahkan, mereka akan dikuarantinkan secara berasingan dengan pesakit yang lain,” tambahnya dalam sidang media hari ini.

Sekolah yang terlibat telah diwajibkan untuk tutup dan KKM sedang menajalnkan siasatan, ada kemungkinan jangkitan tersebut daripada waris pelajar sekolah tersebut yang melibatkan generasi ketiga bukan pertama dan kedua.

Justeru, individu yang mempunyai hubungan dengan kanak-kanak tersebut sedang menjalankan saringan.

Sidang Media: Perkembangan Terkini COVID-19 Di Malaysia

Sidang media oleh YBhg. Tan Sri Dato' Seri Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia berkenaan perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Tuesday, 25 August 2020

Sumber: KKM

 

The post Tiada Kanak-Kanak Yang Positif Covid-19 Di Negara Ini Menjadi “Super Spreader” – Dr Hisham appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.