Ads Top

Gara-Gara Salah Beli Sandwich, Fazura Merajuk Dengan Fattah

Pelakon Nur Fazura Sharifuddin, 37, yang kini sedang sarat hamil tujuh bulan tidak terkecuali mengidam sesuatu sepanjang proses kehamilannya.

Fazura mengakui kagum dengan kesabaran suaminya, pelakon Fattah Amin, 30, yang sentiasa melayan ragamnya sepanjang berbadan dua.

Aktres itu terbuka berkongsikan kisahnya yang pernah merajuk dengan Fattah gara-gara suaminya tersalah membeli sandwich yang dipesan olehnya.

“Sebelum mengandung, saya memang gemar nak makan masakan Melayu, tetapi semasa hamil, tak tahu kenapa jadi macam kurang selera nak makan, saya jadi macam kembang tekak.

“Pernah satu hari, Fattah bawa balik sandwich yang mempunyai sos dan mayonis. Dua bahan itu memang saya tidak gemar.

“Saya mula-mula memang teruja nak makan tapi bila lihat ada dua bahan itu, saya terus menangis,” katanya.

Menurut Fazura, Fattah terus memujuknya sebelum dia keluar semula untuk membeli sandwich yang baru tanpa kedua-dua bahan tersebut.

“Saya memang kasihan sangat dekat dia dan selalu meminta maaf kepadanya kerana terpaksa melayan sikap saya ini,” katanya kepada KopiPlanet.com ketika ditemui di majlis Tea Party With Fazura di Lightbox, Sungai Buloh.

Pada majlis yang sama, Fazura turut melancarkan produk penjagaan kulit muka yang diberi nama Fazura Skincare.

Penyelidikan dan kajian berkenaan produk itu menurut Fazura dimulakan sejak awal tahun lalu dan dia sendiri yang menjadi testimoni produk keluarannya.

“Saya akan cuba produk tersebut terlebih dahulu untuk memastikan keberkesanannya barulah kita umumkan produk ini untuk jualan.

“Produk saya ini boleh digunakan oleh golongan perempuan dan juga lelaki. Selain itu, kandungannya yang diperbuat daripada bahan organik memang selamat untuk digunakan,” katanya.

Tambah Fazura, set eksklusif tersebut lengkap dengan pencuci wajah, skrub wajah, krim siang dan malam juga serum bersaiz mini pada harga RM89.90 satu set. – KopiPlanet.com

No comments:

Powered by Blogger.