Ads Top

Taylor Swift Sumbang RM97,497 Untuk Peminat Kulit Hitam Sambung Pengajian

Penyanyi Taylor Swift bermurah hati menyumbangkan puluhan ribu ringgit kepada seorang peminat kulit hitamnya, Vitoria Mario yang menetap di London, United Kingdom.

Vitoria sebelum ini ada membuat kutipan wang tunai menerusi laman web GoFundMe yang mengharapkan orang ramai dapat memberikan sumbangan untuknya meneruskan pengajian ke peringkat tinggi.

“Saya seorang gadis kulit hitam berusia 18 tahun yang mempunyai cita-cita tinggi. Baru-baru ini saya ada menerima tawaran melanjutkan pengjian dalam jurusan Matematik di sebuah universiti berprestij, University of Warwick.

“Walau bagaimanapun, saya masih lagi tidak pasti ingin pergi kerana berhadapan dengan beberapa kekangan. Keluarga saya berpendapatan rendah dan tidak mampu untuk menanggung pengajian saya,” tulisnya.

Taylor yang tersentuh dengan kisah hidup gadis itu kemudiannya menyumbang wang tunai berjumlah AS$23,373 (RM97,497) untuk Vitoria menyambung pengajiannya.

“Vitoria, saya terbaca mengenai kisah awak dan terinspirasi dengan keazaman awak untuk meneruskan cita-cita menjadi realiti. Saya ingin menghadiahkan awak sebahagian daripada jumlah keseluruhan yang diperlukan. Semoga berjaya dengan segala yang awak lakukan,” tulis Taylor.

Vitoria yang berbesar hati dengan pertolongan Taylor kemudian membalas, “Saya sangat berterima kasih dengan segala bantuan yang diberikan sepanjang perjalanan saya untuk meneruskan impian, terima kasih semua.” – KopiPlanet.com

No comments:

Powered by Blogger.