Ads Top

Setahun Lepas Rapsodi, Pasya Kembali Berkarya Dengan Arca

Naib juara program Mentor 7, Pasya atau nama sebenarnya Faizul Ashraf Fauzi kini kembali dengan single terbaharu berjudul Arca selepas melancarkan single pertamanya, Rapsodi pada tahun lalu.

Single yang ditulis oleh Mas Dewangga, Firdaus Rahmat dan Shaqiel Naufal ini mengisahkan tentang sebuah rasa cinta pada sesebuah ataupun sesuatu benda, objek atau boleh juga pada seseorang.

“Single ini telah pun siap sepenuhnya sebelum ianya diberikan kepada saya. Manakala proses pembikinan lagu ini mengambil masa selama 2 jam sahaja. Harapan Pasya untuk single Arca ini agar kali ini pendengar lebih terbuka untuk menerima muzik dan bunyi yang baru daripada saya dan dapat menilai kualiti vokal dalam lagu ini.

“Lagu ini menceritakan jika kita sayangkan sesuatu atau seseorang, kita harus jaga dan belai ia dengan penuh rasa cinta seperti kita membuat arca. Seburuk mana pun kita buat pada arca tu, kita akan usaha sedaya upaya untuk mencantikkan arca tersebut,” katanya.

Arca yang diedarkan Warner Music Malaysia kini sudah boleh didapati di semua pelantar muzik digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBox, Deezer dan iTunes. – KopiPlanet.com

No comments:

Powered by Blogger.