Ads Top

Perlukah Orang Yang Melaungkan Azan Dan Iqamah Adalah Orang Yang Sama

Selalunya kita melihat orang yang melaungkan azan akan turut melaungkan iqamat sebelum menunaikan solat. Sangat jarang untuk melihat ada jemaah lain yang mengumandangkan iqamat terutamanya jika jemaah itu tidak ramai.

Ada sebuah hadis yang telah diriwayatkan daripada Ziyad ibn al-Harith al-Suda’i RA yang telah diminta oleh Rasulullah SAW untuk azan. Kemudian, apabila saf dibentuk untuk solat, Bilal bin Rabah RA ingin mengumandangkan iqamah, lalu Baginda SAW bersabda:

Maksud: “Sesiapa yang mengumandangkan azan, maka dialah yang mengumandangkan iqamah.”

Hadis ini telah diriwayatkan oleh Sunan Abu Dawud dan Ibn Majah. Namun, ia telah dinilai daif, iaitu lemah oleh beberapa ulama seperti Imam Abu Hatim al-Razi dan Ibn Hibban.

Tetapi, menurut Imam Ibn Hajar Al-Asqalani, hadis ini adalah hasan dan diterima. Syeikh Abu Toyyib juga menyebut, walaupun ia dilihat sebagai hadis yang lemah, tetapi ada hadis lain yang menyokongnya.

Jadi, apakah hukumnya untuk seorang muazzin turut mengumandangkan iqamat dan bolehkah orang yang melaungkan azan dan iqamat itu adalah orang yang berbeza?

Melalui hadis di atas, Imam Syafi’e memberi pandangan bahawa sunat hukumnya orang yang melaungkan azan turut melaungkan iqamat tanpa perlu menukar orang.

Walau bagaimanapun, tidak menjadi kesalahan untuk menukar orang sama ada dengan sebab kekangan yang ada atau ingin melatih anak-anak anda melaungkan azan dan iqamah, ia adalah tidak mengapa.

Wallahu a’alam.

Rujukan:
Mufti Wilayah




No comments:

Powered by Blogger.