Ads Top

Nichkhun 2PM Fail Perintah Larangan Mendekati Terhadap Peminat Wanita

Risau dengan keselamatan diri, ahli kumpulan 2PM, Nichkhun dilapor telah memfailkan satu injuksi perintah larangan mendekati terhadap seorang wanita yang kerap mengekori dirinya.

Semalam telah berlangsung sesi soal balas yang diadakan secara tertutup di Mahkamah Daerah Seoul, Korea Selatan bagi mempertimbangkan permohonan Nichkhun dan wanita tersebut yang dikenali sebagai Kim.

Nichkhun dilaporkan telah memfailkan injuksi tersebut pada 6 April lalu.

Syarikat pengurusan Nichkhun, JYP Entertainment berkata, “Pihak kami sekarang sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Kim dan kami tidak akan berkompromi dalam soal keselamatan artis di bawah naungan kami.”

“Perbuatan mengekori dan mengendap artis kami telah menyebabkan mereka sentiasa hidup dalam kerisauan dan tertekan,” kata wakil syarikat tersebut. – KopiPlanet.com

The post Nichkhun 2PM Fail Perintah Larangan Mendekati Terhadap Peminat Wanita appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.