Ads Top

Penularan Kluster Tawar Disumbang Perhimpunan Ahli Keluarga Tidak Patuh SOP Sepenuhnya – KP Kesihatan

Menerusi sidang media harian perkembangan Covid-19 hari ini, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat sebanyak 2 kes baharu Covid-19 direkodkan di dalam Kluster Sala dan 1 kes di dalam Kluster Tawar pada hari ini.

Susulan itu, Tan Sri Dr Noor Hisham juga berkata bahawa punca jangkitan Kluster Tawar dan Sala masih dalam siasatan.

“Namun demikian, hasil siasatan ke atas kes-kes positif kedua-dua kluster ini mendapati bahawa penularan jangkitan dalam kedua-dua kluster ini telah disumbang oleh beberapa faktor.

“Penularan jangkitan di dalam Kluster Tawar didapati disumbang oleh perhimpunan di kalangan ahli keuarga yang tidak sepenuhnya mematuhi prosedur operasi standard misalnya kapasiti tetamu perhimpunan tidak mengikut saiz ruang dan penjarakan fizikal yang selamat di antara satu sama lain. Ini membantu penularan yang luas dalam kluster ini meskipun kes indeks dan punca sebenar jangkitan masih dalam siasatan.

“Bagi kluster Sala pula, kes indeks mempunyai sejarah menziarahi pesakit di hospital bersama ahli keluarga beliau walaupun tiada  positif Covid-19 yang dikesan daripada saringan hospital tersebut namun begitu semua ahli keluarga yang telah pergi bersama kes indeks untuk menziarahi pesakit telah dikesan positif,” katanya.

‘Kemungkinan besar penularan jangkitan dalam kedua-dua kluster ini dapat dibendung sekiranya amalan 3S dapat dilaksanakan oleh semua pihak, iaitu elakkan tempat yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat.’

Walau bagaimanapun, Tan Sri Dr Noor Hisham mengatakan bahawa punca kedua-dua kluster berkenaan masih dalam siasatan.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

The post Penularan Kluster Tawar Disumbang Perhimpunan Ahli Keluarga Tidak Patuh SOP Sepenuhnya – KP Kesihatan appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.