
Naim Daniel Tepis Dakwaan Makin Besar Kepala Lepas Menang AJL
Penyanyi muda yang semakin menyinar bakatnya, Naim Daniel, 23, menepis dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan dia kini semakin besar kepala sejak menjuarai Anugerah Juara Lagu (AJL) pada Februari lalu.
Dakwaan itu timbul selepas dia dikatakan sukar untuk dihubungi oleh pihak media yang ingin melakukan temu ramah dengannya.
Mengulas mengenai dakwaan itu, Naim menjelaskan, “Sebenarnya saya seorang yang mudah terlupa untuk membalas balik mesej yang dihantar. Saya akui itu memang kesilapan saya.”
“Kadang-kadang mak saya hubungi pun saya ada terlepas pandang. Saya bukan sombong. InsyaAllah lepas ini saya akan lebih ‘alert’ dengan perkara-perkara sebegini,” katanya.
Dia berkata demikian ketika ditemui semasa majlis pratonton FTV Aku, Bunga yang berlangsung di MBO The Starling Mall, Damansara Utama baru-baru ini.
Tambah pelantun lagu Sembah ini, kejayaan demi kejayaan yang diraihnya sejak awal tahun lalu tidak pernah sesekali membuatkan dirinya alpa dalam menjalani kehidupan seharian.
> Baca: Kelabu Dikaitkan LGBT, Yonny & Azlan Anggap Ia Sekadar Persepsi
“Saya tak pernah merasakan kejayaan yang dicapai itu akan membutakan saya. Kalau betul saya nak lupa diri, mungkin lepas AJL itu macam-macam dah jadi.
“Saya percaya apa yang saya buat selama ini untuk keluarga saya dan tanpa sokongan daripada rakan media, saya tidak akan mampu untuk berdiri di sini.
“Saya tidak pernah anggap semua kejayaan ini milik mutlak saya seorang sebabnya saya sering dikelilingi malaikat-malaikat kecil yang sentiasa akan menjaga saya, insyaAllah,” ujarnya lagi.
Selain Naim, FTV Aku, Bunga turut dibintangi Naim Daniel, Noor Ayu Fatini (rapper Bunga), Aman Graseka, Laila Nasir, Emelda Rosmila dan Nelissa Nizam.
Aku, Bunga yang mengisahkan Bunga yang begitu menggemari muzik hip hop dan menyimpan impian untuk menggembangkan bakatnya dalam dunia seni.
Aku, Bunga akan bersiaran di Astro First Eksklusif (saluran 480) mulai esok (13 Ogos). Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton Aku, Bunga secara berulang kali dalam tempoh 48 jam (dua hari) dari waktu pembelian. – KopiPlanet.com
The post Naim Daniel Tepis Dakwaan Makin Besar Kepala Lepas Menang AJL appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: