Letupan Di Lubnan: Sekurang-kurangnya 73 Individu Dilaporkan Terbunuh Setakat Ini
Kira-kira 73 individu dilaporkan terbunuh, manakala 3,000 lagi cedera dalam tragedi letupan di Beirut, Lubnan semalam, memetik laporan BERNAMA TV..
Letupan besar itu dipercayai berlaku di kawasan berdekatan pelabuhan bandar tersebut.
Sementara itu, menurut laporan AFP menerusi The Guardian, punca letupan dipercayai berkemungkinan akibat kebakaran yang terjadi di sebuah gudang yang menyimpan beratus-ratus tan ammonium nitrat.
Tambah laporan itu lagi, askar-askar sudah mengepung kawasan tersebut yang kini sudah dipenuhi kaca serta batu-batu runtuhan bangunan.
Lubnan dikejutkan dengan satu letupan yang sangat kuat sehingga memusnahkan bangunan-bangunan berdekatan tempat kejadian.
Setakat ini, 73 individu terbunuh dan 3,000 penduduk lagi dilaporkan cedera di Beirut. pic.twitter.com/zhmFUDZG9Y
— BERNAMA TV (@BernamaTV) August 5, 2020
This is a video that I received from another angle – the person who shot it is OK.
Remember; many people usually jog/walk on the Beirut waterfront (close to the explosion).
Many people thought they just were documenting a big fire in the sea port. #Lebanon #beirutblast pic.twitter.com/CpuUgKAvLV
— Luna Safwan – لونا صفوان (@LunaSafwan) August 4, 2020
Berikut di bawah adalah lampiran foto-foto yang diambil media antarabangsa ketika selepas kejadian.
Sumber: BERNAMA TV, The Guardian, ABC News, AFP
The post Letupan Di Lubnan: Sekurang-kurangnya 73 Individu Dilaporkan Terbunuh Setakat Ini appeared first on Siakap Keli.
No comments: