Lelaki Rakam Video ‘Predator’ Tolak Motor Yang Kehabisan Minyak Buat Netizen Terhibur

Seorang individu yang lengkap berpakaian ala ‘Predator’ sambil menolak motosikal yang kehabisan minyak menarik pehatian ramai warganet.
Menerusi video berdurasi 52 saat yang dikongsikan di Facebook Info Roadblock JPJ/Polis, individu tersebut yang sedang menolak motosikalnya ke stesen minyak, diperhatikan oleh beberapa orang yang kehairanan.
Predator kehabisan minyak
Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Wednesday, August 12, 2020
Rata-rata netizen yang membanjiri ruangan komen memberikan pelbagai reaksi. Ada di antaranya yang menyifatkan individu berkenaan mungkin terlalu meminati watak berkenaan.
Nmaun, tidak dapat dipastikan di mana kejadian tersebut berlaku dan siapa yang berada di sebalik topeng predator tersebut.
Menyeramkan tengok
Jauh predator ni tolak motor
Tolong tangkap dia takut masuk rumah pula
Sumber: Info Roadblock JPJ/Polis
The post Lelaki Rakam Video ‘Predator’ Tolak Motor Yang Kehabisan Minyak Buat Netizen Terhibur appeared first on Siakap Keli.
No comments: