Ads Top

“Ini Satu Pembulian…”, Penceramah Kesal Video ‘Ayah Saya Masak Ketum’ Dirakam & Ditularkan

Sudah menjadi ‘trend‘ pada hari ini, asal ada perkara yang dianggap menarik, mesti akan dirakam kemudian ditularkan ke media sosial.

Tambahan pula, kewujudan pelbagai aplikasi seperti TikTok, Instagram dan sebagainya yang rancak seperti cendawan tumbuh selepas hujan menambahkan lagi ‘keinginan’ mereka untuk masing-masing menjadi terkenal di dalam skrin.

Namun, di sebalik rasa gembira membuat sesuatu perkara yang tular, kadangkala kita terlupa bahawa perlakuan itu sungguh mengaibkan, apatah lagi jika melibatkan individu lain.

Baru-baru ini, tular satu rakaman video di media sosial yang memaparkan seorang anak murid menjawab persoalan cikgu di dalam kelas tentang ayah masak apa di rumah.

Tanpa berfikir panjang, seorang murid ini menjawab dengan jelas, “Ayah saya masak ketum,”.

Mungkin jawapan tersebut nampak kelakar, maka video tersebut tular dan menjadi tontonan umum oleh ribuan pengguna media sosial.

Bagaimanapun, tanpa disedari perakam tersebut, video berkenaan yang menjadi tular dikatakan merupakan satu bentuk pembulian siber dan boleh memudaratkan kanak-kanak berkenaan.

Ikuti pandangan dan ulasan yang dikemukakan oleh individu yang terkenal dengan nama ‘tukang ceramah budak sekolah‘, saudara Akhi Fairuz Al-Jengkawi di bawah ini.

Ada followers share pada saya video ini.

Cikgu ini bertanya, siapa di sini ayah masak di rumah. Maka, gadis kecil ini angkatlah tangan dan menjawab,

“Ayah saya masak ketum.”

Guru berkenaan menahan tawa. Murid lain di dalam kelas gelak besar.

Sedih saya. 😢

Bukan sedih dengan jawapan kanak-kanak itu, tapi sedih mengenangkan sikap guru berkenaan yang merakam video hingga ia tersebar di media sosial.

Ini satu bentuk pembulian!

Mana etika anda sebagai seorang guru? Tak fikir ke kesan jangka pendek dan panjang kepada anak ini?

Kawan budak ini akan mengata. Ejek setiap hari. Pembulian berlaku, lagi dan lagi. Netizen lagilah, macam-macam komen dah ada.

Fikirlah panjang sikit. Anda seorang guru yang sepatutnya menjadi contoh kepada anak murid!

Saya harap pihak Kementerian Pendidikan ambil tindakan.

Akhi Fairuz Al-Jengkawi,
Saya yakin majoriti cikgu yang lain tak bersetuju, sedih dan marah akan isu ini. Jangan kerana tindakan guru ini, habis dikecam cikgu yang lain.

#TukangCeramahBudakSekolah
#SexEdSpeaker

Sumber: Akhi Fairuz Al-Jengkawi

The post “Ini Satu Pembulian…”, Penceramah Kesal Video ‘Ayah Saya Masak Ketum’ Dirakam & Ditularkan appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.