Ads Top

DGrand Stage Ambil Inisiatif Bantu Pemuzik Dengan Kadar Sewaan Murah

Demi membantu perkembangan industri seni muzik tempatan, syarikat pengurusan acara DGrand Stage Sdn Bhd mengambil inisiatif dengan memberi kos sewaan serendah RM1,000 untuk set backline (drum dw, Marshall atau Messa boogie guitar amp, aguilar atau ampeg bass amp, kronos, motif montage keyboard).

Pemilik DGrand Stage Sdn Bhd, Faezatul Asyikin Anuar berkata, tawaran istimewa itu berlangsung sejak 15 Julai lalu hingga ke suatu tarikh yang akan diberitahu kelak.

“Seperti yang kita sedia maklum, semua aktiviti terhenti akibat wabak Covid-19. Seluruh ekonomi, kehidupan seharian negara dan seluru dunia telah terjejas teruk.

“Hampir tiga bulan kita semua telah menjalani kehidupan norma baharu serta mempratikkan segala bentuk SOP yang dikeluarkan oleh kerajaan bagi membendung penularan Covid-19.

“Tawaran kami dibuka untuk artis, band, komposer dan produser muzik sahaja. Setiap tawaran hanya tertakluk sehingga ke satu masa yang ditetapkan,” katanya.

Berpengalaman dalam bidang pembekalan dan pengurusan acara sejak lima tahun lalu, DGrand Stage sebelum ini pernah menganjurkan konsert berskala besar dengan kehadiran lebih 7,000 penoton seperti Konsert Metal Legends 1&2 dan Konsert MasdoXHujan. – KopiPlanet.com

The post DGrand Stage Ambil Inisiatif Bantu Pemuzik Dengan Kadar Sewaan Murah appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.