Bolehkah Puasa Sunat Hari Putih Pada Hari Tasyrik 13 Zulhijjah?
Puasa hari putih adalah puasa sunat selama tiga hari iaitu pada tanggal 13, 14 dan 15 di setiap pertengahan bulan Islam. Selain daripada puasa sunat pada hari Isnin dan Khamis, umat Islam juga dianjurkan untuk berpuasa pada tiga tarikh di atas.
Persoalannya, bagaimana dengan tanggal 13 Zulhijjah yang merupakan Hari Tasyrik. Umat Islam diharamkan berpuasa pada Hari Tasyrik yang bertarikh 11, 12 dan 13 Zulhijjah kerana ia masih dikira sebagai hari meraikan Aidiladha yang disunatkan dengan penyembelihan binatang korban. Justeru, adakah terdapat sebarang pengecualian bagi tarikh 13 Zulhijjah ini?
Dalam situasi ini, seseorang itu tetap tidak boleh berpuasa sunat hari putih pada tanggal 13 Zulhijjah. Hukum pengharaman lebih perlu dipatuhi, serta hari putih juga tidak dikira pada 13 Zulhijjah.
Namun, umat Islam masih mempunyai pilihan iaitu berpuasa pada tanggal 14 dan 15 Zulhijjah kemudian boleh menambahkan puasa sehari lagi pada 16 Zulhijjah atau hari lain dalam bulan Zulhijjah bagi melengkapkan bilangan tiga hari.
Kaedah ini boleh juga dipakai bagi wanita yang tidak dapat berpuasa pada tarikh 13, 14 dan 15 kerana didatangi haid. Tidak ada masalah untuk berpuasa pada mana-mana hari (dicukupkan 3 hari) dalam bulan Islam sebagai hari putih.
Rujukan:
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Baca juga:
Ketahanan Badan Meningkat Dengan Puasa Hari Putih
Apa Itu Hari Tasyriq
No comments: