Ads Top

Bila Waktu Yang Sesuai Untuk Mandi Sunat Jumaat

Sunnah yang boleh dilakukan setiap kali menjelangnya hari Jumaat amatlah banyak. Hal ini disebabkan Jumaat yang merupakan penghulu segala hari dan kelebihan untuk mengamalkan sunnahnya akan dilipatgandakan pahala.

Pada hari Jumaat juga, umat Islam akan berkumpul di masjid untuk menunaikan solat Jumaat. Pada waktu inilah umat Islam akan berjumpa antara satu sama lain dan sama-sama mendengar peringatan yang diberikan melalui khutbah.

Walaupun sekarang kita masih lagi dilanda COVID-19 dan penetapan solat Jumaat adalah bergantung kepada negeri masing-masing, namun buat mereka yang berkesempatan, adalah digalakkan untuk menunaikannya.

Sama ada sempat atau tidak untuk menunaikan solat Jumaat atau sama ada anda merupakan lelaki mahupun perempuan, ada satu sunnah yang masih boleh dilakukan oleh semua orang, iaitu mandi sunat hari Jumaat.

Mandi sunat hari Jumaat ini adalah berdasarkan kemuliaan hari Jumaat sendiri dan bukan disebabkan oleh penunaian solat Jumaat.

Disebabkan itu, ia adalah sunnah yang boleh dilakukan oleh semua orang. Waktu yang boleh dilakukan mandi ini adalah bermula waktu azan solat Subuh.

Namun, jumhur mengatakan bahawa afdal untuk dilakukan sebelum mendirikan solat Jumaat. Ia adalah disebabkan tujuan asal mandi itu untuk mengharumkan badan dan berwangi-wangi sebelum menuaikan solat.

Jadi, ia boleh sahaja dilakukan pada waktu anda ingin mandi, maka niatkanlah ia untuk mandi sunat hari Jumaat.

Jika anda cuti pada hari Jumaat dan sudah mandi selepas Subuh, maka sebelum menunaikan solat Jumaat, boleh sahaja mandi sekali lagi dengan diniatkan untuk mandi sunat.

Atau jika anda bekerja, maka ia boleh sahaja diniatkan pada waktu anda mandi itu. Kedua-duanya tidak menjadi masalah. Kerana yang penting ialah bergantung kepada niat anda sendiri.

Wallahu a’alam.

Rujukan:
Mufti Wilayah




No comments:

Powered by Blogger.