Ads Top

“Berderau Darah Tengok Anak Telan Bateri”, Dinding Esofagus Anak Terbakar Akibat Tertelan Bateri Jenis Butang

bayi telan bateri

Bermula usia 7 hingga 12 bulan, bayi lazimnya akan mula gemar memasukkan bendasing ke dalam mulut. Ini merupakan proses yang normal dalam perkembangan mereka.

Oleh itu, mereka memerlukan pemantauan rapi dari penjaga bagi mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini. Jika anak anda tertelan bateri, segeralah membawanya ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

Baru-baru ini, portal Public Health Malaysia berkongsi kisah di mana seorang bayi telah menelan bateri lithium dari sebuah jam yang jatuh dan pecah.

Ianya berlaku dalam sekelip mata sahaja, namun membawa kesan yang pantas kepada bayi berkenaan sehingga menyebabkan kecederaan pada esofagus.

Berderau darah saya bila melihat anak saya menelan bateri jenis butang ini depan mata saya. Bateri jenis butang ini adalah bateri jam tangan anak sulong saya.

Jam tu baru saja jatuh dan pecah. Bateri tersebut diletakkan di atas meja. Tak sangka pula adiknya yang kecil tu pantas tangannya. Dengan cepatnya dia masukkan bateri tu ke dalam mulutnya.

Saya bergegas bawa dia ke hospital. Di sepanjang perjalanan tu, dia menangis dengan kuat dan di dalam kesakitan.

Doktor melakukan pemeriksaan dan terus ke dewan bedah. Nasib baiklah hospital tersebut ada pakar bedah kanak-kanak dan ada mesin kamera endoskopi kanak-kanak. Kalau tidak, perlu di rujuk ke hospital terdekat.

Doktor menyatakan dinding esofagus sedikit terbakar. Namun anak saya bernasib baik sebab terus datang ke hospital.

Jika lewat dua jam, mungkin ianya boleh menyebabkan dinding terbakar dengan lebih teruk atau bocor. Anak mungkin terpaksa makan dengan memakai tiub yang ditebuk terus ke usus.

Ya tuan puan. Bateri ini sangat bahaya. Pastikan anda tidak meletakkan bateri ini di tempat yang mudah dicapai kanak-kanak.

Jika tertelan, ingat, jangan ditunggu. Pastikan sebelum dua jam, anda telah berada di hospital.

Berderau darah saya bila melihat anak saya menelan bateri jenis butang ini depan mata saya. Bateri jenis butang ini…

Posted by Public Health Malaysia on Thursday, 20 August 2020

Gambaran kesan bateri dalam satu eksperimen menggunakan sosej. (Kredit: Public Health Malaysia Tv/Google)

Meninggal dunia selepas beberapa jam menderita

Dalam kes lain pada 2016 di United Kingdom, seorang kanak-kanak berusia 2 tahun meninggal dunia setelah beberapa jam sahaja menderita kesakitan dan dibawa ke hospital.

Doktor tidak dapat mengesan punca kematian sehinggalah mereka menemui bateri kecil yang dipercayai telah menembusi aorta melalui saluran esofagusnya.

Menurut laporan, ibubapa kanak-kanak tersebut tidak menyedari ketika anaknya menelan bateri tersebut.

Saluran pencernaan. (Gambar: Google)

Sumber: Public Health Malaysia, Mirror.uk, Parenting.firstcry

The post “Berderau Darah Tengok Anak Telan Bateri”, Dinding Esofagus Anak Terbakar Akibat Tertelan Bateri Jenis Butang appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.