Ads Top

Awesome TV Kini Boleh Ditonton Menerusi Saluran 112 MYTV

Industri penyiaran tanah air kini telah dimeriahkan dengan kehadiran sebuah lagi stesen TV swasta yang berlandaskan saluran Definisi Tinggi (HD) percuma kepada rakyat Malaysia iaitu Awesome TV.

Mensasarkan segenap lapisan masyarakat dari semua golongan umur dan juga latar belakang sosial dan ekonomi, ia sudah memulakan operasi sulungnya pada 3 Ogos lalu melalui siaran 112, MYTV (myFreeview).

Ketua Pegawai Eksekutif Awesome TV, Datuk Adam Mohamad Ilyas berkata, saluran berkenaan menampilkan kepelbagaian dalam pengisian untuk menepati citarasa semua lapisan masyarakat.

“Awesome TV mengetengahkan lima genre kesukaan ramai iaitu komedi, hiburan, drama, bicara dan kanak-kanak. Selain daripada program melayu, Awesome TV turut tampil dengan variasi hiburan dari Korea, Thai, Indonesia, Hindustan dan juga Hollywood.

“Saluran ini dilihat menjadi sebuah saluran alternatif bagi mereka yang gemarkan hiburan yang positif dan segar. Dengan lanskap penonton yang sangat kompetitif, kami melihat potensi untuk bersiaran memandangkan mentaliti penonton yang semakin bijak memilih pegisian program yang baharu dan menarik,” ujarnya.

Menurut beliau, matlamat utama mereka kini adalah untuk meningkatkan kesedaran di saluran berkenaan pada peringkat awal ini dengan memanfaatkan barisan penggiat seni yang berbakat dan kandungan berkualiti yang pelbagai.

“Kami akan berusaha untuk menjadi fokus utama dalam penyiaran media hiburan dan bertekad untuk menghasilkan pengisian program yang menarik serta asli untuk penonton di Malaysia.

“Dengan pancaran secara Definisi Tinggi (HD), penonton akan mendapat satu pengalaman yang baharu yang lebih memberangsangkan berbanding saluran TV yang lain,” tambahnya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Awesome TV, Johan Ishak menyatakan misi Awesome TV adalah untuk menjadi sebahagian daripada kehidupan penonton dengan variasi program yang menarik dan menghiburkan.

“Kami juga ingin dikenali sebagai perangsang minda atau ‘mood booster’ dalam kalangan masyarakat Malaysia. Selaras dengan misi itu, Awesome TV turut bersedia dengan transformasi digital di mana penonton boleh menonton program-program Awesome TV melalui  laman sesawang rasmi kami,” ujar beliau.

Selari dengan evolusi teknologi platform media sosial yang semakin berkembang dan mempunyai golongan sasar tersendiri, Awesome TV turut aktif mempromosi akaun media sosialnya kepada pengguna Facebook, Instagram, Twitter dan Tik Tok.

Menerusi semua akaun rasmi media sosial stesen tersebut seperti yang tertera di bawah, penonton akan memperolehi informasi terkini mengenai program yang bakal ditayangkan selain pengeposan yang bersifat interaktif.

Saluran Awesome TV boleh secara percuma melalui TV pintar (Smart TV) dan sekiranya penonton tidak mempunyai TV pintar, mereka boleh mendapatkan set dekoder MYTV dari pengedar yang berhampiran atau sesawang e-dagang.

Pembeli hanya perlu memastikan set tersebut mempunyai kelulusan kerajaan dengan tanda DTTV dan ia bersesuaian sekali sebagai langkah menyahut inisiatif kerajaan dalam pemindahan siaran analog ke digital seluruh Malaysia secara percuma. – KopiPlanet.com

The post Awesome TV Kini Boleh Ditonton Menerusi Saluran 112 MYTV appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.