(Video) Lelaki Dipercayai Langgar Lampu Merah Jadi Punca 2 “Rider” Motosikal ‘Tergolek’ Atas Jalan
Sebuah rakaman dashboard sebuah kereta mengenai kejadian kemalangan melibatkan penunggang motosikal yang dipercayai melanggar lampu isyarat merah tular di media sosial.
Menerusi rakaman berdurasi 12 saat yang dimuat naik oleh sebuah portal, beberapa motosikal yang berhenti di persimpangan lampu isyarat dilihat telah dirempuh oleh penunggang tersebut ketika kenderaan mereka mula bergerak.
Dua buah motosikal yang tidak sempat memberhentikan kenderaan dilihat jatuh dengan seorang pemandu berguling di atas jalan, manakla penunggang motosikal yang merempuh mereka tidak mengalami kecederaan.
Kejadian tersebut berlaku pada petang semalam jam 5.43 petang, namun lokasi kejadian tidak dinyatakan.
Ianya telah mengundang kemarahan warganet dengan rata-ratanya berang akan sikap tidak bertanggungjawab individu tersebut yang tidak mematuhi peraturan jalan raya sehingga menyebabkan orang lain menjadi mangsa.
Lampu merah tu bang oi, selamba je dia.🤦🏻♂️Lokasi : Tesco Bukit Mertajam Pulau PinangLike fb : Koko Media
Posted by Koko Media on Thursday, July 9, 2020
Sumber: Koko Media
The post (Video) Lelaki Dipercayai Langgar Lampu Merah Jadi Punca 2 “Rider” Motosikal ‘Tergolek’ Atas Jalan appeared first on Siakap Keli.
No comments: