Tiada Lagi Had Maksimum 250 Orang Di Majlis Sosial, Asalkan Ada Penjarakan Sosial & Patuh SOP -Ismail Sabri
Putrajaya, 10 Julai – Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri mengumumkan tiada lagi had maksimum 250 orang di acara sosial ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
“Mesyuarat telahpun bersetuju untuk mengehadkan dari segi peserta berdasarkan kepada keluasan tempat dan dengan syarat adanya pematuhan penjarakan sosial sejauh satu meter.
“Masjid tidak perlu lagi satu pertiga selagi ada penjarakan sosial, jumlahnya tidak kira, berdasarkan keluasan masjid tersebut.
“Begitu juga dengan majlis perkahwinan di hotel, kalau dewan boleh memuatkan 1,000 orang, dan dengan penjarakan sosial boleh ada sampai 800, maka 800 orang lah.
Katanya, jumlah tersebut bergantung kepada keluasan tempat berkaitan dengan syarat patuh kepada penjarakan sosial satu meter.
Pesannya, kawalan kendiri dan pematuhan SOP merupakan langkah terbaik yang menyumbang kepada kawalan kes COVID-19 di negara kita.
“Hari ini genap 30 hari PKPP dilaksanakan. Dalam tempoh itu, kerajaan telahpun memberikan banyak kelonggaran dan membuka hampir keseluruhan sektor ekonomi dan membenarkan banyak aktiviti-aktiviti harian yang lain.
“Dua hari berturut-turut, kita didapati tiada warga negara Malaysia yang positif COVID-19. Setelah 25 hari, tiada kematian di negara kita.
“Oleh itu, kawalan kendiri merupakan kaedah terbaik untuk mencegah diri daripada dijangkiti,” katanya.
“Justeru, pastikan SOP asas seperti penjarakan sosial dan pemakaian penutup muka sentiasa diamalkan di tempat-tempat awam,” tegasnya.
PKPP: Tiada had maksimum 250 orang di penganjuran majlis sosial, syaratnya ada penjarakan sosial, patuh SOP – Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri
— BERNAMA TV 🇲🇾 (@BernamaTV) July 10, 2020
PKPP: Tiada lagi had jemaah masjid dengan kapasiti satu pertiga, hanya berdasarkan keluasan masjid – Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri
— BERNAMA TV 🇲🇾 (@BernamaTV) July 10, 2020
Ucapan mengenai majlis sosial bermula pada minit 18:10.
SIARAN LANGSUNG:SIDANG MEDIA (NON HEALTH) SELEPAS MESYUARAT KHAS MENTERI-MENTERI MENGENAI PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKANOLEH YB DATO’ SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB, MENTERI KANAN PERTAHANAN.
Posted by Majlis Keselamatan Negara on Thursday, July 9, 2020
Sumber: Majlis Keselamatan Negara, Bernama
The post Tiada Lagi Had Maksimum 250 Orang Di Majlis Sosial, Asalkan Ada Penjarakan Sosial & Patuh SOP -Ismail Sabri appeared first on Siakap Keli.
No comments: