Ads Top

SOP Pelaksanaan Ibadah Korban Semasa PKPP

Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini telah memutuskan kebenaran untuk meraikan Hari Raya Aidiladha.

Walau bagaimanapun, dalam situasi kita yang masih belum pulih daripada COVID-19 ini, pihak kerajaan juga telah mengumumkan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang perlu dipatuhi.

Hal ini adalah untuk mengawal penularan jangkitan wabak daripada terus merebak. Berikut adalah antara SOP telah dicadangkan sebagai rujukan utama oleh pihak berkuasa agama negeri untuk menjalankan ibadah korban.

#1 – Waktu Operasi

Boleh dilakukan selepas solat sunat hari raya dan tiga hari Tasyrik, tetapi adalah digalakkan untuk dilakukan pada hari raya kedua kerana hari raya pertama adalah jatuh pada hari Jumaat.

#2 – Kehadiran

Kehadiran peserta adalah tidak melebihi 20 orang bagi sekumpulan seekor haiwan.

#3 – Kawasan Penyembelihan

1 – Perlu mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Agama Negeri jika dilakukan di masjid dan surau.

2 – Boleh dilakukan di rumah sembelihan (Abattoir) Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) di 28 buah yang ada.

3 – Boleh dilakukan di rumah Penyembelihan Ruminan Swasta yang dilesenkan oleh DVS sebanyak 31 buah.

4 – Boleh dilakukan di kawasan lain dengan mendapatkan kelulusan pihak Berkuasa Tempatan.

#4 – Tatacara Penyembelihan Korban

1 – Penyembelihan perlu mendapat Sijil Kesihatan Veterinar (SKV) dan permit penyembelihan ternakan dari Pejabat Veterinar Negeri atau Daerah.

2 – Memastikan kebersihan dan keselamatan tapak penyembelihan agar sesuai dan tidak berhampiran dengan saliran awam.

3 – Program korban itu hendaklah dilaporkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD).

4 – Petugas yang dibenarkan adalah dalam kalangan warganegara sahaja, manakala jika bukan maka ia adalah tidak dibenarkan.

5 – Proses sembelihan, melapah dan keratan asas perlu dilaksanakan di kawasan yang dibenarkan dan di tempat yang lapang dan sesuai.

6 – Elakkan berada di kawasan yang 3S; Sesak, Sempit dan Sembang Dekat.

#5 – Agihan Bahagian Peserta Korban

1 – Agihan oleh petugas: Ia hendaklah dihantar secara langsung kepada peserta yang mengambil bahagian berdasarkan senarai nama yang telah ditetapkan.

2 – Agihan dengan kehadiran peserta: Peserta perlu mengambil di kaunter agihan yang tertakluk kepada keluasan kawasan.

#6 – Pemeriksaan Daging

Proses pemeriksaan akan memastikan penyembelihan dijalankan dengan mematuhi Kaedah-Kaedah Binatang (Kawalan Penyembelihan) 2009 dan Garis Panduan Penyembelihan Ternakan Korban.

#7 – Pastikan Kawalan Penularan Dan Jangkitan

1 – Suhu badan perlu diperiksa, tangan perlu disanitasi dan kehadiran hendaklah direkod.

2 – Penjarakan fizikal dilakukan sekurang-kurangnya 1 meter dan perlu memakai pelitup muka serta sarung tangan.

3 – Petugas hendaklah sihat, tidak bergejala dan tidak mempunyai penyakit kronik. Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun adalah tidak dibenarkan.

4 – Bilangan korban perlu bersesuaian dengan keluasan kawasan dan keupayaan bilangan petugas yang dilantik.

Sumber:
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia




No comments:

Powered by Blogger.