Ads Top

Solat Sunat Aidiladha Di Selangor – Siapa Cepat Dia Dapat

Jabatan Agama Islam Selangor mengumumkan bahawa pelaksanaan solat Sunat Aidiladha di masjid dan surau pada Jumaat ini akan dibuat dengan kaedah kehadiran jemaah secara terbuka.

Hal ini bermakna, sesiapa sahaja dibenarkan untuk hadir, sehingga kapasiti jemaah sebenar ruang solat dipenuhi dalam keadaan penjarakan sosial 1 meter dipatuhi.

Manakala, kehadiran jemaah wanita hanya dibenarkan di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong dengan had jemaah seramai 220 orang, manakala di Masjid Diraja Raja Haji Fi Sabilillah Cyberjaya pula seramai 250 orang di ruang solat khas masing-masing.

Pihak berkuasa agama negeri dilihat sedang memperkemas prosedur operasi standard (SOP) pelaksanaan solat sunat Aidiladha serta pelaksanaan ibadah korban di negeri masing-masing.




No comments:

Powered by Blogger.