Perbuatan Remaja Didakwa Sumbat Anak Kucing Dalam Balang Dan Kongsikan Di Media Sosial Timbulkan Kemarahan Ramai
Seorang lelaki berusia 20 tahun dari bandar Sokal, barat Ukraine yang didakwa merakam perbuatan menyumbat kucing peliharaannya di dalam sebuah bekas bagi tujuan ‘hiburan’ untuk dikongsikan di laman sosial median milikya telah ditahan, lapor Mirror.
Lelaki tersebut didakwa telah memasukkan kucing yang berusia 2 bulan bernama Shurik ke dalam sebuah balang, lalu memerhatikan gerak geri kucing yang sedang terdesak untuk bernafas di dalam bekas tersebut.
Menurut Mirror, lelaki terbabit dipercayai telah merakamkan perbuatan tersebut menggunakan telefon bimbitnya sebelum memuat naik rakaman berkenaan di laman sosial miliknya.
Rakaman yang berunsurkan penyeksaan itu telah mencetuskan kemarahan ramai sehinggakan berjaya menarik perhatian pihak polis. Selang beberapa jam video tersebut dikongsikan, pihak polis telah berjaya mengesan dan menahan lelaki terbabit.
“Kami telah merampas telefon bimbit milik suspek yang digunakan untuk merakam video tersebut dan beberapa lagi barangan bukti lain untuk siasatan lanjut,” ujar wakil daripada pihak polis, Ivan Sheremet.
Sehubungan dengan itu, satu kertas siasatan telah difailkan pihak polis ke atas lelaki tersebut atas dakwaan penganiayaan terhadap haiwan. Jika didapati bersalah, lelaki itu boleh dijatuhi hukuman penjara selama 3 tahun.
Sumber: Mirror
The post Perbuatan Remaja Didakwa Sumbat Anak Kucing Dalam Balang Dan Kongsikan Di Media Sosial Timbulkan Kemarahan Ramai appeared first on Siakap Keli.
No comments: