Mira Filzah Bakal Bergelar Isteri Arkitek Hujung Tahun Ini
Pelakon dan pengacara Mira Filzah Badieozaman, 27, mengesahkan dia bakal menamatkan zaman bujang pada hujung tahun ini.
Menurut Mira persiapan menuju hari bahagianya sudah mula dilakukan namun aktres jelita ini enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.
“Insyaallah apa sahaja nanti saya akan hantar undangan kepada pihak media.
“Dalam tempoh dua bulan ini selain habiskan kerja-kerja seni yang tertangguh saya kena setelkan beberapa perkara lagi (persiapan untuk majlis perkahwinan).
“Saya sudah dipinang orang dan Alhamdulillah tiada rintangan yang dilalui sepanjang tempoh ini.
“Saya dah bersedia (bergelar seorang isteri),” katanya kepada KopiPlanet.com ketika ditemui pada majlis pelancaran saluran tv penstriman Nurflix yang berlangsung di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong hari ini.
Walaupun tidak memberikan kenyataan secara tepat mengenai bakal suaminya namun rata-rata peminat sudah mengetahui hubungannya dengan arkitek Wan Emir Astar Datuk Wan Muhammad Khair-il Anuar, 30.
Mengulas lanjut mengenai dirinya yang dikatakan sudah semakin terbuka berkongsikan kemesraan mereka dengan berbalas komen di laman Instagram, Mira menjelaskan, “Saya tidaklah terbuka sangat, saya biasa-biasa sahaja dan saya still ‘keep it low’.
“Alhamdulillah setakat ini bakal suami tidak ada halangan untuk saya teruskan kerjaya seni.
“Nanti boleh tanya dia sendiri mengenai kerjaya saya selepas bergelar isteri (sama ada beri halangan berlakon atau tidak).
“Dia adalah orang yang terbaik boleh menjawab soalan itu,” katanya lagi. – KopiPlanet.com
The post Mira Filzah Bakal Bergelar Isteri Arkitek Hujung Tahun Ini appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: