Maksud Bersangka Baik Dengan Allah
Kita sering diingatkan supaya bersangka baik dengan Allah dalam setiap urusan kehidupan. Maksud daripada sebuah hadis yang masyhur juga sentiasa diulang-ulang, iaitu Allah sesuai dengan sangkaan hamba-hambaNya.
Malah sehingga ke saat akhir kematian pun, kita digesa untuk bersangka baik kepada Allah. Diceritakan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda tiga hari sebelum Baginda wafat:
لاَ ÙŠَÙ…ُوتَÙ†َّ Ø£َØَدُÙƒُÙ…ْ Ø¥ِلاَّ ÙˆَÙ‡ُÙˆَ ÙŠُØْسِÙ†ُ بِاللَّÙ‡ِ الظَّÙ†َّ
Maksudnya: Ketahuilah bahawa seseorang dari kamu tidak akan menemui maut melainkan dia telah bersangka baik kepada Allah. (Riwayat Muslim, no.2877)
Namun apakah maksud di sebalik hadis ini? Adakah seseorang itu tidak akan meninggal dunia selagi tidak bersangka baik dengan Allah?
Menurut penjelasan Pihak Mufti Wilayah Persekutuan, antara maksud hadis ini adalah wajib bagi setiap orang yang beriman untuk bersangka baik dengan Allah. Ia perlu diperkukuhkan lagi dengan sangka baik ketika berlaku musibah dan hampir meninggal dunia sekalipun.
Dalam Kitab Al-Mausu’ah Al-Fiqhiyyah dan Syarh Al-Nawawi ‘ala Sahih Muslim, Al-Hattab berkata bahawa sunat bagi orang yang ketika sakit atau dalam sakaratul maut bersangka baik dengan Allah. Seorang yang mukallaf perlu sentiasa bersangka baik kepada Allah.
Bukti sangka baik kepada Allah adalah apabila hati tidak memberontak apabila berlaku sebarang perkara yang tidak diingini, serta kita tidak berputus asa dengan hidup yang dijalani. Sangka baik mendatangkan ketenangan dan kelapangan pada hati.
Bukan kerana kita langsung tidak sedih atau kecewa, tetapi kita tidak menyerah kepada kesedihan dan kekecewaan.
No comments: