Kebenaran Memperluaskan Kapasiti Satu Pertiga Jemaah Melebihi Ruang Solat Utama
Kerajaan Malaysia telah membenarkan jumlah satu pertiga had kapasiti jemaah diperluaskan ke luar dewan solat utama masjid atau surau contohnya kawasan perkarangan masjid. Hal ini dimaklumkan melalui sidang media oleh Menteri Kanan Pertahanan pada 26 Jun lalu.
Sehubungan dengan itu, pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) membenarkan masjid, surau Jumaat dan surau lain di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan untuk membuka kawasan perkarangan masjid untuk tujuan solat.
Walau bagaimanapun, perkara ini bergantung kepada kemampuan ahli jawatankuasa masjid dan surau untuk menguruskannya dengan memastikan pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) seperti penjarakan satu meter antara jemaah.
No comments: