Johor Benar Solat Jemaah Dengan Kapasiti Satu Pertiga Masjid & Surau Bermula Jumaat Ini
Bermula Jumaat ini, Solat Jumaat dan solat fardu lima waktu di Jphor akan dibenarkan dengan tambahan mengikut satu pertiga kapasiti masjid. Kebenaran ini adalah termasuk dengan penunaian solat sunat Aidiladha.
Kebenaran itu perlu mengikut semua prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan dalam tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Kebenaran menunaikan solat ini adalah termasuk dengan semua peringkat umur termasuklah wanita. Namun, ia masih lagi dikecualikan kepada warganegara asing.
Bagaimanapun, surau yang ingin mengadakan solat sunat Aidiladha perlulah mendapatkan kebenaran daripada Kadi Daerah di kawasan masing-masing.
Pihak Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) akan mengedarkan garis panduan kepada pihak pengurusan masjid dan surau agar SOP tetap dipatuhi.
Berkenaan dengan pelaksanaan aktiviti kuliah Subuh dan kuliah Maghrib pula, ia akan dibenarkan dengan tidak melebihi 30 minit.
Hal ini adalah sama dengan bacaan Yaasin dan Tahlil serta Al-Kahfi pada setiap malam Jumaat yang dibenarkan sehingga ke satu tarikh yang ditentukan.
Sebelum ini Johor hanya membenarkan solat Jumaat dan solat fardu lima waktu terhad kepada 40 jemaah sahaja yang tidak termasuk pegawai masjid dan surau.
No comments: