TERKINI: Seramai 116 Orang Pesakit Sembuh, Jumlah Keseluruhan 4,326
![](https://i1.wp.com/sgp1.digitaloceanspaces.com/sk-bucket/2020/05/02163920/BeFunky-collage-5-1.jpg?fit=128%2C64&ssl=1)
Sebanyak 116 kes positif jangkitan Covid-19 di negara ini dilaporkan telah pulih dan dibenarkan keluar hospital setakat Sabtu (2 Mei 2020).
Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, dalam satu sidang media sebentar tadi.
Ianya sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya dan dibenarkan keluar hospital meningkat kepada 4,326 orang bersamaan dengan 70% jumlah keseluruhan kes.
Terkini #COVID-19 2 Mei 2020.
Seramai 116 pesakit telah sembuh dan dibenarkan keluar hospital.
Kadar kesembuhan di negara kita terus meningkat kepada 70%. pic.twitter.com/mql97P19bb
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) May 2, 2020
Sumber: Sidang Media KKM
The post TERKINI: Seramai 116 Orang Pesakit Sembuh, Jumlah Keseluruhan 4,326 appeared first on Siakap Keli.
No comments: