Perdana Menteri Rusia Dilaporkan Positif Covid-19
![](https://i0.wp.com/sgp1.digitaloceanspaces.com/sk-bucket/2020/05/01111907/siakap-keli-thumbnail-2020-05-01T111854.827.jpg?fit=128%2C67&ssl=1)
Mikhail Mishustin, Perdana Menteri Rusia, yang ditugas oleh Vladimir Putin untuk memimpin tindak balas terhadap perjuangan menentang wabak Covid-19 di negara itu, dilaporkan telah didiagnos dengan Covid-19 dan sedang mengkuarantinkan dirinya.
Mishutin, yang merupakan pesakit Covid-19 paling berprofil tinggi di Rusia setakat ini, telah mendedahkan hasil ujian saringan yang dilakukan ke atas dirinya semasa panggilan video bersama Presiden Putin yang disiarkan di televisyen pada petang Khamis.
Tidak dapat dipastikan dengan jelas tentang apakah gejala yang ditunjukkan Mishustin, namun begitu terdapat satu agen berita yang melaporkan bahawa suhu badan yang dicatatkan oleh beliau agak tinggi iaitu 39 darjah. Semasa panggilan video tersebut diadakan, Presiden Putin memaklumkan bahawa Mishustin akan dibawa ke hospital untuk dirawat tidak lama lagi.
Setakat ini, kes Covid-19 yang telah disahkan di Rusia dilaporkan telah melepasi 100,000 pada Khamis. Timbalan perdana menteri pertama, Andrei Belousov, dijangka akan memikul tugas yang ditinggalkan Mishustin buat sementara waktu, kata Putin.
“Yang berhormat Vladimir Vladimirovich, saya baru dapat tahu bahawa ujian saringan Covid-19 yang dilakukan telah mengesahkan bahawa saya positif dijangkiti…Oleh itu, saya akan mengkuarantinkan diri saya, bagi mengikuti saranan daripada doktor. Ianya perlu dilakukan untuk melindungi rakan sekerja saya,” kata Mishustin kepada Putin semasa panggilan tersebut dilakukan.
Dalam ucapannya, Mishustin menggesa rakyat Rusia supaya memandang penyakit ini secara serius serta ikuti peraturan pengasingan diri yang telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan. Awal minggu ini, Putin telah mengumumkan bahawa beliau akan melanjutkan perintah berkurung di negara tersebut sehingga cuti bulan Mei, ianya termasuklah penangguhan ulang tahun sempena kekalahan Nazi Jerman.
“Yang berhormat Mikhail Vladimirovich, apa yang berlaku kepada anda ketika ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja, saya selalu tekankannya. Anda adalah seseorang yang sangat aktif, saya ingin mengucapkan terima kasih atas usaha yang telah dilakukan sehingga ke hari ini,” kata Putin kepada Mishustin. “Apabila anda sudah sampai ke hospital, saya akan menantikan panggilan daripada anda,” tambahnya.
Sumber: The Guardian
The post Perdana Menteri Rusia Dilaporkan Positif Covid-19 appeared first on Siakap Keli.
No comments: