Hikmah ‘MCO Wedding’, Gadis Kongsi 11 Kebaikan Majlis Kahwin Abangnya Yang Serba Ringkas
Majlis perkahwinan dalam masyarakat kita sering dijalankan secara besar-besaran, didatangi tetamu jemputan yang ramai, pelbagai makanan yang enak dan banyak lagi.
Namun apabila terlaksananya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu, majlis perkahwinan secara gilang-gemilang tersebut sudah beransur-ansur tiada.
Ini berikutan arahan Majlis Keselamatan Negara melalui nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) yang melarang segala aktiviti melibatkan himpunan ramai diadakan sebagai langkah memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.
Bagaimanapun, masih ada juga pasangan yang baru bernikah tetap menjalankan majlis perkahwinan mereka tetapi dengan kadar yang paling minimum beserta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Seorang warga Twitter, Amirah Aida Asri berkongsi tentang hikmah PKP pada pelaksanaan majlis perkahwinan abangnya yang dijalankan secara serba sederhana tetapi lebih ‘dijiwai’.
Ada 11 kebaikan yang perlu kita hayati betapa bagusnya majlis perkahwinan secara bersederhana ketika PKP ini.
Mari baca thread ini satu persatu.
#mcowedding
Perkara yang saya belajar daripada perkahwinan abang saya hari ini:1) Kehadiran ahli keluarga tunjang , terdekat & yang benar-benar rapat sahaja sudah cukup berkah & lebih banyak peluang untuk menyantuni di antara satu sama lain pic.twitter.com/XLxAHLZxe8
— 🕊 (@amirahaidaasri) May 27, 2020
Pasangan pengantin dalam gambar ini adalah abangnya bersama isteri.
2) Salah faham, terasa hati, rasa terpinggir boleh disifarkan kerana lebih banyak ruang untuk berkomunikasi ; mudah berlapang dada kalau lambat atau terpaksa menunggu
— 🕊 (@amirahaidaasri) May 27, 2020
Betul juga.
Selalunya kalau kita sebagai tuan rumah, mungkin agak sukar untuk mengawal keadaan kerana jumlah tetamu yang terlalu ramai.
Satu lagi, bukan senang hendak jaga hati semua orang, kan?
3) Crowd terkawal dan masing-masing lebih mematuhi dan menjaga masa
4) Tiada umpatan @ cakap-cakap kosong , open table politic tetap ada untuk bapa-bapa bersilaturahim
— 🕊 (@amirahaidaasri) May 27, 2020
.
5) Pembaziran atau ketidakcukupan makanan tidak berlaku kerana bilangan tetamu yang telah dianggar benar-benar hadir dan tiada tetamu walk-in , masakan lagi enak dinikmati kerana tuan rumah akan berusaha menyediakan tetamu yang sedikit makanan yang terbaik
— 🕊 (@amirahaidaasri) May 27, 2020
Ini tepat sekali.
Jika sesuatu majlis perkahwinan itu melibatkan ratusan hingga ribuan tetamu, risiko pembaziran makanan adalah sangat tinggi.
6) Pengantin punya lebih banyak masa untuk menyantuni serta berbincang dengan ibubapa dan mertua sekiranya ada masalah ; perbincangan yang tenang dan tidak huru hara
— 🕊 (@amirahaidaasri) May 27, 2020
Ya benar.
Amat jarang kita lihat pengantin dapat bersua muka dengan tenang bersama para tetamu jika jumlah tetamu agak ramai.
Jadi apabila jumlah tetamu hanya beberapa orang sahaja, maka pengantin bolehlah melayan tetamu berjam-jam lamanya.
Pasti hubungan antara pengantin (menantu), keluarga dan tetamu terdekat akan lebih akrab kerana sudah bersuai kenal seawal majlis lagi.
7) Adik-beradik di kedua-dua pihak ada ruang untuk memberikan sekecil-kecil khidmat ; susun hantaran, kutip sampah , lap meja kalau air tertumpah, sama-sama jaga kebersihan sesudah makan
— 🕊 (@amirahaidaasri) May 27, 2020
Salah satu kos yang boleh dijimatkan adalah khidmat tenaga kerja.
Kalau guna katering atau kendarat, ia memerlukan sekurang-kurangnya 20 ke 30 orang sebagai pembantu.
Manakala jika majlis sederhana begini, cukup memadai jika hanya menggunakan tenaga kerja adik-beradik sendiri.
Nak bagi upah pun rasa senang hati.
Kalau air terlalu manis pun boleh bisik-bisik di dapur untuk tambah air tanpa mengguris perasaan tuan rumah, tiada orang luar yang sempat kritik. Sekecil-kecil benda
— 🕊 (@amirahaidaasri) May 27, 2020
.
8) Peluang untuk kekal bertaaruf sesama keluarga lapang ; ye la sebelum ni yang sulung takde layang bongsu kat asrama la etc (tapi keluarga kami tak cukup korum pun kali ni uhu)
— 🕊 (@amirahaidaasri) May 27, 2020
Gadis ini turut menerangkan, jumlah tetamu yang hadir tidak lebih 20 orang bagi mematuhi PKP Bersyarat (PKPB).
“Kurang 20 orang bagi mematuhi PKPB, daripada pihak kami hanya seisi rumah, ibu bapa adik beradik yang ada di kampung.
“Yang di luar negeri hanya contact hantar gambar dan video melalui handphone.
“Sebelah sana seisi rumah enam (6) orang + abang yang tinggal di daerah sebelah.
“Kedua-dua keluarga tinggal di daerah yang sama; Bachok.
“Itu antara faktor yang memudahkan pergerakan,” katanya ketika dihubungi Siakap Keli, hari ini.
Selain itu, menurutnya, kedua-dua pihak punya adik-beradik yang tinggal di luar negeri juga tidak pulang.
9) Paling penting, bebas kritikan orang luar yang datang pada hari bermulanya langkah dalam perkahwinan pengantin membawa buku nota dan mulut untuk mencari kecacatan sewaktu majlis.
Apa pun,
الحمد لله على كل حالDan pastikan #lessthan20people
— 🕊 (@amirahaidaasri) May 27, 2020
Seperti yang ditulis tadi, bukan mudah mahu jaga hati semua orang jika tetamu terlalu ramai.
10) Tak lupa juga boleh tenang untuk tangkap gambar atau mahu gambarnya diambil, tidak perlu tunggu giliran , masa pun banyak😂
— 🕊 (@amirahaidaasri) May 27, 2020
Antara perkara wajib yang tetamu majlis perkahwinan buat adalah sesi bergambar bersama pengantin.
Kalau kebiasaannya tetamu terpaksa menunggu lama giliran untuk bergambar kerana ramai, maka kali ini bolehlah bergambar sepuas-puasnya tanpa bimbang dengan waktu.
Oh ya, masih perlu menjaga SOP juga.
11) Kos murah atau tidak, itu atas budi bicara kedua belah pihak. Sebagai contoh keluarga sendiri, masih menyewa pelamin biarpun untuk hanya bergambar bersama keluarga .
— 🕊 (@amirahaidaasri) May 28, 2020
Kos perbelanjaan pun murah.
Tidak perlu sewa 10 buah kanopi untuk 1,500 tetamu.
Pengantin ini hanya menyewa pelamin sahaja.
Ok juga kan. Tak ‘feel’ rasanya kalau berkahwin tiada pelamin.
Lagipun kami keluarga lelaki datang menyunting anak gadis rumahnya yang dijaga dengan penuh kasih sayang oleh keluarganya, datang dengan penuh hormat & mahu meraikan, bukan mahu semuanya mudah-mudah belaka.
— 🕊 (@amirahaidaasri) May 28, 2020
.
Masyarakat selalu rasa mudah adalah tiada itu dan ini. Lengkap juga memudahkan. Raikan kedua-dua pihak. Raikan pengantin.
— 🕊 (@amirahaidaasri) May 28, 2020
Spend duit kahwin banyak, tapi majlis dibuat ringkas. Lebihan duit tu pergi mana?
Mesti ada yang terfikir, orang kalau nak kahwin mesti akan kumpul duit secukupnya.
Tapi tiba-tiba PKP dijalankan, majlis kahwin terpaksa ‘ditukar’ kepada konsep yang lebih ringkas.
Sudah pasti akan ada lebihan duit yang dibelanjakan.
Bagaimana pula dengan abang gadis ini?
Antara benda yang paling saya terharu semalam adalah, memandangkan kos tidaklah sebesar perkahwinan norma yang lama, wang yang lebih (selain mas kahwin @ wang hantaran) dihadiahkan kepada ibubapa seorang demi seorang tanda "Osewaninarimashita" & "Otsukaresamadeshita"
— 🕊 (@amirahaidaasri) May 28, 2020
Alhamdulillah.
Walaupun serba ringkas, majlis sebegini sepatutnya harus diberi pujian dan dicontohi oleh pasangan lain yang bakal mendirikan rumah tangga.
Lagipun, majlis perkahwinan secara sederhana adalah dituntut dalam Islam.
PKP membataskan himpunan ramai, tapi ia tidak memutuskan silaturrahim.
Majlis yang sederhana dipercayai lebih terasa ‘feel’nya.
Bak kata orang, ‘kita kita je’.
Tahniah kepada pasangan pengantin ini kerana sudi menjalankan majlis perkahwinan secara sederhana dan yang paling penting, mematuhi SOP.
Semoga mereka berdua kekal bahagia dunia akhirat selama-lamanya.
Sumber: Twitter
The post Hikmah ‘MCO Wedding’, Gadis Kongsi 11 Kebaikan Majlis Kahwin Abangnya Yang Serba Ringkas appeared first on Siakap Keli.
No comments: