Ads Top

Bukan Cuci Macam Biasa, Pemilik Premis Perlu Ada Kelulusan KKM Untuk Sanitasi- Ismail Sabri

sanitasi pejabat

Putrajaya, 27 Mei – Pemilik perniagaan perlu mencuci atau mensanitasi premis mereka mengikut panduan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri dalam sidang media sebentar tadi.

Katanya, tidak kira siapa yang mencuci premis, namun bahan digunakan perlu mendapatkan kelulusan KKM.

“Saya percaya banyak premis-premis perniagaan, swasta terutamanya yang ingin melakukan sanitasi sebelum operasi premis perniagaan mereka bermula.

“Saya difahamkan ada yang menggunakan tukang cuci di pejabat masing-masing. Walaupun mereka menggunakan sesiapa sahaja pun untuk mencuci dan mensanitasi pejabat mereka, tetapi mereka perlu mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh KKM.

“Dari segi bahan kimia yang nak digunakan bagi sanitasi tersebut perlu mendapat kelulusan pihak KKM,” katanya.

Tambahnya, proses sanitasi tidak sama seperti pembersihan biasa di pejabat.

“Walaupun mereka nak buat sendiri, tetapi perlu mendapat panduan daripada KKM. Bukan cuci macam biasa. Cuci macam biasa, setiap hari dicuci oleh tukang cuci di pejabat mereka.”

Sebaliknya, sanitasi mempunyai panduan-panduan tertentu yang perlu diperoleh daripada KKM, ujarnya.

Sebarang persoalan, pemilik premis boleh menghubungi pejabat kesihatan daerah berdekatan untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

Ucapan tentang sanitasi premis bermula pada minit 11.10.

Sidang Media (Non-Health) oleh Menteri Kanan (Keselamatan), YB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob.

Sidang Media (Non-Health) oleh Menteri Kanan (Keselamatan), YB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob.

Posted by RTM – Radio Televisyen Malaysia on Tuesday, 26 May 2020

Sumber: RTM

The post Bukan Cuci Macam Biasa, Pemilik Premis Perlu Ada Kelulusan KKM Untuk Sanitasi- Ismail Sabri appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.